
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Ahad, 4 Mac 2018
Khamis, 1 Mac 2018
Malaysia kembali terkenal di mata dunia...
Badan Penyelidikan Jenayah Polis Republik Indonesia sedang membuat penilaian terlebih dahulu berkaitan dokumen yang didapati daripada kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.
Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek dan akan mendedahkan maklumat lanjut setelah semua perkara itu selesai.
“Selepas ini kita akan siasat, menilai data-data dan dokumen yang kita dapat. Selepas itu baru kita kenal pasti suspek,” katanya seperti dilapor Detiknews , hari ini.
Daniel berkata kapal mewah itu juga disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram serta pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.
Daniel berkata, pihaknya akan menyerahkan kapal itu kepada Amerika Syarikat (AS) jika diminta berbuat demikian.
“Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang," katanya.
Daniel juga berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang baik dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS bagi menyelesaikan kes tersebut.
Semalam pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.
Dalam rampasan itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.
Penyiasat Indonesia dan rakan sejawatan mereka dari AS menghabiskan masa enam jam di kapal layar mewah Equanimity semalam sebelum merampasnya.
Anggota polis Indonesia dan kemungkinan besar empat anggota Biro FBI menaiki kapal itu pada kira-kira jam 1.30 petang dan hanya beredar pada malamnya.
Laporan itu mengatakan bahawa para penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.
Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
DOJ AS mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada perlucutan hak aset di bawah anti kleptokrasi.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.
Rabu, 28 Februari 2018
Inilah realiti di Sabah yang pemimpin Malaya sembunyikan dari dunia luar...
Hanya mereka yang pernah sampai ke Sabah dan pergi ke kawasan perkampungan barulah mereka tahu betapa Sabah jauh ketinggalan berbnading negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Itupun belum lagi ke kawasan perkampungan di pendalaman dan kepulauan di Sabah yang mana kemudahan asasnya yang cukup kekurangan dan menyedihkan. Lazimnya guru-guru dari Semenanjung yang dihantar bertugas di Sabah mendapat elaun perumahan dan pelbagai elaun tambahan untuk menggalakan mereka bertugas di Sabah jika tidak maka tiada seorangpun yang mahu mengajar di Sabah khasnya kawasan pulau dan kawasan pendalaman. Selagi Sabah berada di dalam Malaysia maka selagi itulah Sabah ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kekayaan hasil bumi Sabah sebenarnya boleh menampung membangunkan Sabah sekiranya Sabah sudah keluar dari Malaysia.
Selasa, 27 Februari 2018
Isnin, 26 Februari 2018
Hanya Di Sabah ....
..keadaan seperti gambar di atas hanya anda boleh lihat di Sabah sahaja iaitu di perkampuang air, kawasan setinggan atau di kawasan pulau-pulau di Sabah khasnya di Pulau Gaya (perkampungan terbesar berhadapan Bandaraya Kota Kinabalu). Selagai Sabah berada di dalam Malaysia maka selagi itulah keadaan seperti ini akan berlarutan...hanya Sabnah keluar malaysia barulah Sabah boleh dibangunkan sepenuhnya dan pemandangan seperti gambar di atas dapat dihapuskan...ayoh rakyat Sabah ! Bulatkan tekad dan kuatkan semangat...bersatu kita menyokong petition dan perjuangan SKMM.....kalau bukan anda siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi ?
Ahad, 25 Februari 2018
Rakyat Malaysia semakin ramai keluar negara kerana...
1. Cabaran dari para pemimpin
2. Keadaan ekonomi yang semakin teruk
3. Kadar kos sarah hidup makin meningkat
4. Kadar pengangguran makin tinggi
5. Kadar rasuah makin meningkat
6. Kadar jenayah yang makin meningkat
7/ Kadar gaji negara luar yang tinggi
8, dan beberapa lagi faktor lain...
Jumaat, 23 Februari 2018
Khamis, 22 Februari 2018
Laporan polis lagi.....
Laporan Polis terhadap para pejuang yang Mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia khasnya SSKM semakin banyak dari masa ke semasa ekoran kebimbangan pihak pemimpin Barisan Nasional yang melihat sambutan rakyat Sabah semakin hebat terhadap gerakan tersebut. Ramai para individu khasnya pengamal media sosial ditangkap dan disumbat ke penjara tanpa bicara. Rakan-rakan Media sosial saya yang menggunakan Facebook sebagai senjata ramai yang hilang begitu sahaja (ditangkap) tanpa khabar berita malahan ahli keluarga merekapun tidak tahu di mana mereka berada. Kerajaan Malaysia di bawah Akta Hasutan yang baru dipindah boleh menahan sesiapa sahaja yang didapati menghasut sehingga 5 tahun tanpa bicara. Akta Hasutan sebenarnta lebih kejam dari ISA di zaman Tun Mahathir. Sehubungan dengan itu para pejuang SSKM terpaksa mengatur strategi baru dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat Sabah betapa pentingnya sokongan padu mereka untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia agar Sabah dapat membangun setaraf dengan negara yang pernah satu masa dahulu menyertai Malaysia iaitu Brunei dan Singapura.
Selasa, 20 Februari 2018
Isnin, 19 Februari 2018
Langgan:
Catatan (Atom)