Iklan tersebut di atas ( http://petikanggurstrawberry.blogspot.com ) terpampang di beberapa akhbar utama Malaysia seperti Berita Harian, Harian Metro, Sinar harian, Harakah, Kosmo dan lainnya. Dengan berselindung disebalik pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSKM) agen tersebut cuba mengumpan dengan gaji lumayan bekerja di ladang Australia (Rm 7,000.00 - RM 12,000.00). Pihak yang berdafar dengan SSKM perlu ada lesen atau berdaftar dengan kementerian atau agensi tertentu untuk tujuan menjadi agen menghatar rakyat Malaysia bekerja di luar negara. Angkara agen seperti inilah yang menyebabkan ramai rakyat malaysia yang datang bekerja di Australia yang akhirnya menjadi pendatang haram. Yang menyedihkan lagi ramai di kalangan mereka yang tertipu oleh janji-janji manis agen. Boleh baca beberapa blog berikut yang mendedahkan penipuan agen :
http://kisahdunia.com/2016/11/16/hidup-melarat-di-australia-lepas-ditipu-ejen-kerja-petik-buah/
http://vitdaily.com/wartawan-dedah-5-taktik-anda-boleh-diperdaya-tawaran-kerja-petik-buah-di-luar-negara/
http://www.tawaurians.com/2015/12/nak-kerja-petik-buah-di-australia-baik.html
http://terbakor.com/2016/07/31/perangkap-janji-palsu-petik-epal-di-australia/
http://babab.net/out/janji-palsu-petik-epal-di-australia.html
http://merdeka-online.com/home/wartawan-utusan-rakyat-malaysia-bekerja-sebagai-pengutip-buah-di-australia-ditindas-dikerah/
Kita berharap agar pihak yang bertanggung jawab di Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana sykarikat atau individu yang menjadi agen memperdaya rakyat Malaysia untuk berkerja di luar negara kerana ramai kalangan rakyat malaysia yang tertipu malahan ada yang terkandas di lapangan terbang Malaysia akibat penipuan oleh pihak agen yang menawarkan perkhidmatan dengan kadar bayaran yang terlalu mahal berbanding dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan