Laporan Polis terhadap para pejuang yang Mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia khasnya SSKM semakin banyak dari masa ke semasa ekoran kebimbangan pihak pemimpin Barisan Nasional yang melihat sambutan rakyat Sabah semakin hebat terhadap gerakan tersebut. Ramai para individu khasnya pengamal media sosial ditangkap dan disumbat ke penjara tanpa bicara. Rakan-rakan Media sosial saya yang menggunakan Facebook sebagai senjata ramai yang hilang begitu sahaja (ditangkap) tanpa khabar berita malahan ahli keluarga merekapun tidak tahu di mana mereka berada. Kerajaan Malaysia di bawah Akta Hasutan yang baru dipindah boleh menahan sesiapa sahaja yang didapati menghasut sehingga 5 tahun tanpa bicara. Akta Hasutan sebenarnta lebih kejam dari ISA di zaman Tun Mahathir. Sehubungan dengan itu para pejuang SSKM terpaksa mengatur strategi baru dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat Sabah betapa pentingnya sokongan padu mereka untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia agar Sabah dapat membangun setaraf dengan negara yang pernah satu masa dahulu menyertai Malaysia iaitu Brunei dan Singapura.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan