Isnin, 19 Mac 2018

Selasa, 6 Mac 2018

Sabah Negeri Termiskin

101 East - Stateless in Sabah - 21 Aug 08 Part 1

Stateless_Sabah

Sabah illegal migrants

The Paradox of Sabah Economy Growth: Rich but yet poor - UiTM Sabah, Kot...

Sabah is Malaysia’s poorest state- Kg Magandai

���� Murder in Malaysia | 101 East

101 East - Sabah's Invisible Children

Selamatkan Sabah, Pulihkan Sabah!...jpm keluar Malaysia !

MAKIN SUSAH!!!~"Rakyat Malaysia Mula Merasai Bebanan Kos Sara Hidup"

INI BUKTI RAKYAT MAKIN SUSAH~Norul Haszarul Abu Samah Ceramah Pakatan Ha...

6 Negara Yang Dahulu Bagian Dari Indonesia

10 Daerah yang Ingin Pisah dari Indonesia dan Merdeka sebagai Negara Sen...

10 Daerah yang Ingin Pisah dari Indonesia dan Merdeka sebagai Negara Sen...

RAFIZI RAMLI-BILA SALLEH KRUAK KATA TIADA BUKTI "EQUANIMITY" KEPUNYAAN J...

RAFIZI RAMLI-BILA SALLEH KRUAK KATA TIADA BUKTI "EQUANIMITY" KEPUNYAAN J...

RAFIZI RAMLI-BILA SALLEH KRUAK KATA TIADA BUKTI "EQUANIMITY" KEPUNYAAN J...

Equanimity Sah Milik Jho Low, Bekas Menteri Bidas Salleh Keruak

TERKINI...kapal mewah Jho Low dirampas, RM400j itu duit rakyat M'sia - S...

Indonesia seize luxury yacht Equanimity sought in 1MDB probe

Indonesia seize luxury yacht Equanimity sought in 1MDB probe

Isnin, 5 Mac 2018

Inilah jalan ke kampungku...




Kampung Gusi, Kinarut, Papar, Sabah cuma lebih kurang 20 minit ke bandaraya Kota Kinabalu (ibu kota Sabah) tapi lihatlah betapa dhaifnya jalan yang terpaksa kami lalui stiap hari dahulu. Di kampung Gusi, terdapat 4 buah cawangan UMNO dan hampir 99% penduduk kampung penyokong setia kerajaan dan parti Barisan Nasional. Kg. Gusi juga tidak memiliki sekolah malahan TABIKA KEMAS pun menumpang di balai raya berbelas tahun lamanya.

Khamis, 1 Mac 2018

Malaysia kembali terkenal di mata dunia...






Badan Penyelidikan Jenayah Polis Republik Indonesia sedang membuat penilaian terlebih dahulu berkaitan dokumen yang didapati daripada kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.
Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek dan akan mendedahkan maklumat lanjut setelah semua perkara itu selesai.
“Selepas ini kita akan siasat, menilai data-data dan dokumen yang kita dapat. Selepas itu baru kita kenal pasti suspek,” katanya seperti dilapor Detiknews , hari ini.
Daniel berkata kapal mewah itu juga disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram serta pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.
Daniel berkata, pihaknya akan menyerahkan kapal itu kepada Amerika Syarikat (AS) jika diminta berbuat demikian.
“Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang," katanya.
Daniel juga berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang baik dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS bagi menyelesaikan kes tersebut.
Semalam pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.
Dalam rampasan itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.
Penyiasat Indonesia dan rakan sejawatan mereka dari AS menghabiskan masa enam jam di kapal layar mewah Equanimity semalam sebelum merampasnya.
Anggota polis Indonesia dan kemungkinan besar empat anggota Biro FBI menaiki kapal itu pada kira-kira jam 1.30 petang dan hanya beredar pada malamnya.
Laporan itu mengatakan bahawa para penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.
Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
DOJ AS mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada perlucutan hak aset di bawah anti kleptokrasi.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.
JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...