Selasa, 29 September 2015

Pemimpin BN Kaya Raya Tapi Rakyat Derita

Lagi Kes Polis Malaysia Makan Rasuah

Kenyataan Media Rasmi SPRM

Pegawai Kanan Polis Dipenjara Lapan Tahun, Denda RM1.75 juta

MAHKAMAH Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang pegawai kanan polis, , Azmi Osman, 59, yang disabitkan dengan empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah kira-kira RM3.8 juta antara 2002 dan 2005.

Mahkamah turut memerintahkan harta Azmi bernilai kira-kira RM6 juta disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Panel hakim yang diketuai Hakim Dato Balia Yusof Wahi sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, yang perlu dijalani secara berasingan dan denda RM1.75 juta atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dua hakim yang lain ialah Dato Rohana Yusuf dan Dato Abang Iskandar Abang Hashim.

Azmi sebelum ini dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.75 juta oleh Mahkamah Sesyen dan mengemukakan rayuan selepas hukuman tersebut dijatuhkan pada 27 Ogos 2012.

Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Mohd. Farez Rahman manakala Azmi diwakili peguam Adam Yap dan C.N. Sritharan.

Pegawai kanan polis berpangkat Supritendan tersebut menghadapi empat tuduhan ketika berkhidmat sebagai Pegawai Turus di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya di Malayan Banking Bhd. antara 6 Februari dan 20 Disember 2002.

Pertuduhan kedua, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM679,850 selain didakwa menerima wang hasil aktiviti yang sama sebanyak RM941,930 melalui sebuah lagi akaunnya di Malayan Banking Bhd.

Bagi pertuduhan keempat, Azmi didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM250,000 menerusi akaun semasa dan di tempat yang sama pada 5 April 2005.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Azmi telah dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat tuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pendakwaan pada 7 Januari 2011. Bagaimanapun susulan rayuan pihak Timbalan Pendakwa Raya, tertuduh diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 November 2011 mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan Azmi dibebas dan dilepaskan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dipanggil untuk membela diri.

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendapati wujud kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu ke atas Azmi.

Abdul Halim memerintahkan agar kes itu dibicara semula di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Salawati Djambari yang sebelum itu membebas dan melepaskan Azmi.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

29 SEPTEMBER 2015

EKONOMI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranyasangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan,tampaknya tidak dapat terus mempertahankan"keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapidijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.SUARA SORESudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corppelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan,tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidakbetul.Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernahkita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib.

Sabtu, 26 September 2015

Polis Malaysia Memang Bangang ...yang buat laporan ditahan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan.Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan.Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang direman mengikut undang-undang pencegahan keganasan kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menerima pelawat hari ini, di hospital di mana beliau ditahan kerana demam denggi.Ahli keluarga Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang melawat beliau di Hospital Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang."Dia sangat lemah, tetapi kuat semangat," kata Mathias ketika dihubungi The Malaysian Insider.Katanya, beliau tidak mempunyai banyak maklumat mengenai keadaan Khairuddin dan tidak dimaklumkan siapadoktor yang merawat anak guamnya itu.Sementara itu, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Aliatau Umie Aida, bersyukur dapat berjumpa suaminya."Alhamdulilah, saya dapat melawat abang (Khairuddin) tadi. Abang kena denggi, demam panas kejap dan (suhu badan) turun naik," katanya kepada The Malaysian Insider.Khairuddin, antara individu yang lantang mengkritik isu 1MDB dibawa ke HKL petang semalam.Beliau sebelum ini ditahan reman selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.Khairuddin sebelum ini mengemukakan bukti berkaitan 1MDB kepada peguam negara Switzerland, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yangmelibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.Beliau juga memohon pihak berkuasa Hong Kong membuat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB. – 26 September, 2015.- See more at:http://www.themalaysianinsider.com.

Polis dan Hakim Malaysia Memang Bangang dan Sial

Kalau Nak Rogol Aku Pun Rogollah, Aku Tak Kisah... S. Kalaichelvi... mula-mula dirogol, kini dia dipenjara.... ini kisah dunia dunia terjadi.. Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!! Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas diamengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas. Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogolitu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. HakimZainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut. Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan 'pembunuhan kejam', tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi? Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti.

Kos Lawatan PM Meningkat Kerana ROSMAH


Pendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,00 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam tidak pernah dinafikan. Rosmah yang dikenali boros dalam berbelanje terutama dalam pembelian barangan mewah telah meningkat kos lawatan PM ke luar negara sebayak 40%. Adakah munasabah menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100k semalam untuk menginap di hotel mewah? Sikap boros Rosmah ini signifikan dengan laporan yang dikeluarkan oleh JPM bahawa perbelanjaan lawatan luar negara Perdana Menteri meningkat 40% yang pernah dibentangkan di Parlimen. Keputusan Najib memberi peruntukan sebanyak RM111 Juta kepada Permata yang dikuasai Rosmah juga telah mendapat bantahan ahli-ahli Parlimen. Namu bantahan ini tidak diindahkan oleh Najib, Apa yang menjadi persoalan mengapa tiada penasihat-penasihat Najib yang memberi nasihat bahawa tindakan tersebut mengundang padah. Sikap degil Najib mengikut kata Rosmah telah membawa maruah dan rakyat Malaysia tercalar dengan skandal terbesar abad ini bukan sahaja di Malaysia malah menjadi buah mulut seluruh dunia. (suarakami)

Sabah dan Sarawak Perlu Keluar Malaysia segera...


PDRM bagus ditukar kepada Polis DiRasuah Malaysia


Gambar di atas hanya sebahagian bukti.
JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...