Perkara ini berulang kali saya suarakan dahulu. Skim Penempatan Pelarian di Kinarut yang yelah ujud sejak puluhan tahun kini tidak lagi relevan dan sewajarmya perlu ditutup memandangkan penghuninya kini bukan lagi bersetatus pelarian tapi sebaliknya mereka sudah menjadi warganegara Malaysia. Untuk info terdapat 2 cawangan UMNO di Skim tersebut dan ramai di kalangan mereka sudah mengundi dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Persoalannya kenapa Kerajan Persekutuan @ Malaya tidak mahu menutupnya ? Sedangkan keadaan dan persekitaran yang amat daif dan juga pelbagai kes jenayah khasnya pengedaran dadah dan pusat judi yang banyak ujud di kawasan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada para penduduk tempatan bukan setakat di kawasan sekitar malahan tel;ah merevbak hampir seluruh dearah Papar terkena tempiasnya. Ini lagi satu bukti betapa pemimpin persekutuan @ Nakaya tidak mengambil serius aduan dan masalah rakyat di Sabah. Hanya satu cara untuk menutup kawasan tersebut iaitu dengan Sabah Keluar Malaysia dan membangunkan tanah tersebut dengan projek perumahan rakyat.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan