Ahad, 19 Mac 2017

Hanabi ada Logo Halal JAKIM tapi jual produk Babi






Harap pihak JAKIM bertindak segera kepada syarikat yang mempersendahkan Agama Islam seumpama ini.

Sabtu, 18 Mac 2017

RTM Khabar M'sia 2013- Parlimen Kota Marudu (Bhgn 2)

Cabaran Guru Pedalaman. Sabah Part 2.

Cabaran Guru Pedalaman Di Sabah Part 1

JALAN RAYA YANG MENG'AKSES' SK MAGANDAI, KOTA MARUDU, SABAH,

jalan smk pitas 2 awal 2010 dan kini masih lagi tidak berubah...

Rakaman guru di Pitas menyeberangi Sungai Bengkoka

PITAS, SABAH TERMISKIN DI MALAYSIA !!! sedangkan Sabah adalah Terkaya dari segi hasil

Bersamamu TV3 2012 - Sedih Gila


Negeri Bankrap Sebab Pemimpin Samun Duit Rakyat


Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita


Cerita Seorang Miskin, Malaysia

Pro Marjinal - Potret Putaran Ganas Kemiskinan di Sabah ( Ansos UMS ICT ...

Apa Pemimpin BN Sudah Buat di Sabah ? Mana janji2 ketika membentuk Malaysia dahulu...?

Hasil Laporan Siasatan Singapura Keatas Najib


Malaysia kini bukan lagi negara demokrasi : Kata mantan TPM Malaysia


Khamis, 16 Mac 2017

Tuntutan Sabah Sarawak keluar Malaysia dapat perhatian PM

SENGSARA SABAH DALAM MALAYSIA PART 1


MP BN: Jangan sampai pungutan suara Sabah keluar M'sia

Tanpa Sabah tidak ada Negara Malaysia hari ini YAB Azmin Ali

Kerajaan BN Gagal Sediakan Jalanraya di Sabah

Perbezaan Negeri Selangor dan Sabah

Perjuangan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia - SSKM Petition

WHAT IS FAIR FOR BORNEO- - SARAWAK/SABAH (voice from SSKM)

Doris Jones Video Press Statement

Doris Jones Video Press Statement

Doris Jones Interviewed by BBC

Perdebatan tentang mengapa Sabah dan Sarawak MESTI BERPISAH daripada per...

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM): Doris Jones Part 3

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM): Doris Jones Part 2

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM): Doris Jones Part 1

Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)

49 Tahun Negara Dalam Kesedihan, Negara Sabah & Negara Sarawak Dalam Per...

49 Tahun Negara Dalam Kesedihan, Negara Sabah & Negara Sarawak Dalam Per...

SABAHSARAWAK HARUS KELUAR MALAYSIA

Selamatkan Sabah, Pulihkan Sabah!

Identiti "MALAYA" menjadi "MALAYSIA" telah Ditelanjangkan!

BN Kalabakan desak Zahrain mohon maaf

Ghapur desak Junaidi letak jawatan

HANGAT SABAH!! Dr. Jeffrey Cuba Membawa Sabah Sarawak Keluar Dari Malays...

Rabu, 15 Mac 2017

Wajarkah Akta Hasutan dalam sebuah negara demokrasi ?


Akta Hasutan yang diamalkan di Malaysia sememangnya tidak relevan dalam sebuah negara demokrasi apa lagi dalam sebuah negara Islam yang sememangnya memberikan kebebasan untuk bersuara termasuklah mengkritik para pemimpin atasan seperti yang diamalkan oleh nabi Muhammad S.A.W dahulu. Baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah menghukum mana-mana individu yang mengkritik beliau malahan beliau amat berterima kasih kepada mereka yang berani bersuara. Akhat Hasutan lazimnya diamalkan hanya di negara-negara komunis atau negara yang tidak mengamalkan demokrasi khasnya di zaman langit terbuka dengan lambakan media sosial yang menyajikan pelbagai info tanpa tapisan. Akha Hasutan yang digunakan untuk mengekang rakyat Sabah untuk menyuarakan hasrat Keluar dari Malaysia juga dianggap satu tindakan zalim dan tidak bertamadun. Rakyat Sabah sewajarnya berhak untuk bangkit dan bersuara kerana sekian lama hak mereka dinafikan. Perjanjian 20 perkara yang dimeterai banyak telah dilanggar oleh pihak pemimpin Semenanjung. Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia sepatutnya dilayan sebagai 2 komponen besar  (Sabah, Sarawak dan Semenanjung 3 komponenan yang membentuk Malaysia) bukannya sebagai diiktiraf sebagai negeri yang kecil seperti negeri-negeri lain di semenanjung apatah lagi Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan negeri yang amat besar yang sememangnya memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan pelbagai kemudahan asas. Untuk itu Akata Hasutan sewajarnya perlu dimansuhkan agar amalan demokrasi subur di Malaysia di samping Islam yang dijdaikan agama Rasmi Malaysia bukan setakat dekorasi sahaja kerana Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya untuk bersuara selagi ianya di atas landasan kebenaran.

Ahad, 12 Mac 2017

Hak Sabah Untuk menarik diri dari atau keluar Malaysia


Sabah dan Sarawak tidak memerlukan Perkara 2 Perlembagaan Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia; Sabah dan Sarawak tidak perlu mendapat persetujuan daripada setiap negeri-negeri di Persekutuan Malaya untuk keluar; Sabah dan Sarawak tidak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk meninggalkan Malaysia.  Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah untuk meluluskan satu resolusi dalam Dewan Undangan Negeri masing masing untuk meninggalkan Malaysia, Sabah dan Sarawak secara serta merta boleh menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.  Ini lah langkah yang telah di ambil oleh Singapura dalam tahun 1965.
Oleh itu apabila kedua-dua profesor tadi berkata bahawa Singapura “dikeluarkan”, “ditendang” atau “disingkirkan” daripada Malaysia, mereka membuat kenyataan salah.  Bukti daripada dokumen-dokumen rasmi menunjukkan bahawa Singapura telah meninggalkan Malaysia pada 7 Julai 1965, 2 hari penuh sebelum Rang Undang-undangPemisahan Singapura dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Ini sebabnya semua ahli PAP (Singapura) kecuali MP Bangsar tidak menghadiri didalam sidang Parlimen tersebut kerana mereka bukan lagi rakyat Malaysia.  Rang Undang-undang ini memerlukan tiga bacaan (selalunya hanya dua bacaan) dan telah diluluskan dalam tempoh 4 jam!.  Kepantasan kelulusan ini lebih menunjukkan kepada usaha Malaysia untuk “menutup malu” dan bukan untuk “mengeluarkan”,”menendang” atau”menyinkir” Singapura dari Malaysia.

POLIS MINTA BANTUAN INTERPOL TANGKAP DORIS JONES


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Doris Jones atas dakwaan menghasut untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia menerusi laman media sosial Facebook. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan menjejaki Doris yang kini berada di luar negara.
“Kita akan berhubung dengan pihak Interpol sebagai usaha mencari dan menahan Doris yang dikehendaki pihak keselamatan negara berikutan aktiviti berbaur hasutan yang dilakukannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat Keenam sempena perayaan Tahun Baru Cina, di Kota Kinabalu, hari ini.
Katanya, waran tangkap terhadap Doris dikeluarkan pada Januari lepas oleh Mahkamah Majistret Tuaran dan menerusi waran itu Prosedur Operasi Standard (SOP) secara automatik terlaksana dengan semua pintu masuk akan mendapat maklumat mengenai waran itu.
Waran tangkap itu dikeluarkan bagi memerintahkan Doris untuk hadir di mahkamah hari ini untuk menjawab pertuduhan terhadap beliau mengikut Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, Jalaluddin percaya gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) itu didalangi oleh parti pembangkang.
Doris melalui profil di Facebooknya mendakwa dia merupakan warga Sabah dan kini menetap di United Kingdom dan bekerja di bidang perundangan. – Bernama
Sementara itu, Doris Jones, yang di kehendaki kerana didakwa menggalakkan pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, tidak berniat untuk pulang ketanah air bagi menghadapi tuduhan menghasut.
Jones, yang menyeru agar Sabah dan Sarawak keluar Malaysia melalui media sosial, terutama melalui halaman Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) halaman menghubungi The Star pada Ahad selepas wartawan cuba mencari di laman Facebook miliknya.
Jones berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai saman yang dikeluarkan ke atasnya pada bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh polis Malaysia pada Rabu lalu.
Katanya, terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, dan mengelak memberitahu lokasi sebenar ketika ditanya.
“Mereka boleh cuba untuk mendapatkan saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) atau mungkin di Australia. Mereka boleh cuba.
“Saya tidak fikir Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan EU,” kata aktivis berusia 46 tahun, yang cukup berhati-hati mendedahkan identitinya.
“Saya Doris Jones,” katanya ketika ditanya sama ada dia Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, seperti mana tercatit di waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Ketika ditanya sama ada dia masih lagi warganegara Malaysia, jawabnya: “Saya tidak mahu menjawab soalan itu. Saya dari Sabah.
“Walau bagaimanapun, Jones, yang dipercayai berpangkalan di London, berkata dia bertanding dalam pilihan raya Mei 2014 untuk Parlimen Eropah melalui Parti Kebangsaan Liberal yang berpangkalan di United Kingdom di atas platform ‘penentuan sendiri’.
Sekurang-kurangnya 14 aktivis di Tuaran dan Kota Kinabalu telah ditahan awal bulan ini kerana dikatakan cuba mendapatkan tandatangan daripada orang ramai dan mengedarkan bahan-bahan puak pemisah.
Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. mStar

POLIS TIDAK BOLEH EKSTRADISI DORIS JONES KERANA AKTA HASUTAN

Malaysia tidak dapat mengekstradisi aktivis warga Sabah yang dikehendaki polis, Doris Jones kerana perundangan Britain tidak mengiktiraf jenayah mengikut Akta Hasutan.
Berpangkalan di London, beliau adalah aktivis yang memimpin pergerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).
Inspektor Mohd Shahrizan Yahaya berkata, pihaknya hanya boleh menahan Jones yang dikenal pasti sebagai Yapp Kim Youn jika dia pulang ke negara ini.
Beliau menjelaskan, pihak Interpol juga bersedia untuk menahannya jika didapati terbabit dalam jenayah kecuali Akta Hasutan yang dimansuhkan di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog selepas menyampaikan ceramah berkaitan militan Islam dan ancaman ideologi SSKM di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.
Jones tersenarai antara individu dikehendaki di negara ini sejak awal tahun ini selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Sumber : http://malaysianreview.com/124553/polis-tidak-boleh-ekstradisi-doris-jones-kerana-akta-hasutan/

Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak keluar...

Kemungkinan bahawa Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia adalah kesinambungan daripada kisah pengeluaran Singapura pada tahun 1965 daripada persekutuan dan keengganan Brunei untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan. Pengeluaran Singapura telah mengubah maksud “Persekutuan” dalam Pelembagaan yang merendahkan status Sabah dan Sarawak daripada perkongsian yang saksama menjadi hanya salah satu daripada negeri-negeri dalam Persekutuan.
Kesimpulannya, Persekutuan Malaysia juga tidak lagi wujud pada 1965 selepas keluarnya Singapura dan Persekutuan Malaya yang tidak berfungsi pula muncul sebagaiPersekutuan Malaysia baru. Hasil daripada perubahan besar dalam kekayaan, kerajaan Persekutuan enggan atau tidak nampak sebab untuk menerima terma-terma yang ada dalam Perjanjian Malaysia yang dibuat pada 1963. Di bawah perjanjian inilah Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Brunei (tidak menerima) dan Malaya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak. Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.
Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.
Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula. Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering. Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.
Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan. Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
 "Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak?" Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.
Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.
Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi. Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.
Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu. Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.

Benarkah cuma 40% rakyat Sabah yang bersetuju....?


..terpulanglah dengan anda untuk membuat penilaian.

Jumaat, 10 Mac 2017

Wajarkah mereka ditahan ?


...dalam sebuah negara demokrasi dan Islam sebagai agama rasminya sepatutnya rakyat ada hak bersuara dan diberi kebebasan untuk berhmpun selagi tidak mengancam ketenteraman awam. Perkara inilah yang menyebabkan beberapa individu yang berusaha untuk membawa Sabah Keluar Dari Malaysia terpaksa berhijrah @ lari ke luar negara setelah mereka berhadapan dengan risiko utntuk ditahan dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Hasutan. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih berada di Malaysia agar lebih berhati-hati dan bergerak secara sulit. Pihak Polis dan macai-macai BN tidak akan berdiam diri kerana mereka rasa terancam jika makin ramai rakyat Sabah yang bersetuju untuk Sabah Keluar Dari Malaysia. 

MALAYSIA IS WORLD CHAMPION IN CORRUPTION

Malaysia Dirty Politics (pt3)


Malaysia Dirty Politics(pt2)

Malaysia Dirty Politics (pt1)


ONLY IN MALAYSIA - JinnyBoyTV

Perbandingan Malaysia vs Korea Utara

Bodohnya Malaysia enggan bagi mayat kepada Korea Utara

WOW BIKIN NGERI KOREA UTARA PERLAKUKAN WARGA MALAYSIA DAN KANTOR DUBESNY...

Perbandingan Kekuatan Ketenteraan Korea Utara Dgn Malaysia yang najib tidak tahu


JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...