Khamis, 1 Mac 2018

Malaysia kembali terkenal di mata dunia...






Badan Penyelidikan Jenayah Polis Republik Indonesia sedang membuat penilaian terlebih dahulu berkaitan dokumen yang didapati daripada kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.
Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek dan akan mendedahkan maklumat lanjut setelah semua perkara itu selesai.
“Selepas ini kita akan siasat, menilai data-data dan dokumen yang kita dapat. Selepas itu baru kita kenal pasti suspek,” katanya seperti dilapor Detiknews , hari ini.
Daniel berkata kapal mewah itu juga disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram serta pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.
Daniel berkata, pihaknya akan menyerahkan kapal itu kepada Amerika Syarikat (AS) jika diminta berbuat demikian.
“Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang," katanya.
Daniel juga berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang baik dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS bagi menyelesaikan kes tersebut.
Semalam pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.
Dalam rampasan itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.
Penyiasat Indonesia dan rakan sejawatan mereka dari AS menghabiskan masa enam jam di kapal layar mewah Equanimity semalam sebelum merampasnya.
Anggota polis Indonesia dan kemungkinan besar empat anggota Biro FBI menaiki kapal itu pada kira-kira jam 1.30 petang dan hanya beredar pada malamnya.
Laporan itu mengatakan bahawa para penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.
Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
DOJ AS mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada perlucutan hak aset di bawah anti kleptokrasi.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan DOJ "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...