Sabtu, 6 Disember 2014

Skim Penempatan Pelarian Filipina Di Kinarut Perlu Ditutup

Pihak kami menerima cadangan dari pelbagai pihak di Papar berkenaan Skim Penempatan tersebut memandangkan mereka yang tinggal di kawasan tersebut sudah menjadi warga negara Malaysia malahan terdapat 2 buah cawangan UMNO iaitu UMNO Cawangan Skim Penempatan 1 dan UMNO cawangan Skim Penempatan 2. Pihak kami melihat kawasan tersebut seakan terbiar dan kemudahan asas yang agak menyedihkan terutamanya kawasan pembuangan sampah. Segala penyadiaan kemudahan asas di sana terpaksa dilakukan secara melakukan kutipan dari rumah ke rumah menurut penduduk di sana. Malahan pihak anggota keselamatan tidak berani memasuki kawasan tersebut kerana ianya adalah terletak di bawah UNICER menurut mereka ini menyebabkan kes jenayah yang berlaku di sana seakan berleluasa. Adalah lebih baik jika mereka yang berstatus warganegara Malaysia dipindahkan ke mana-mana kawasan untuk menjamin keselesaan mereka dan kawasan tersebut dibaik pulih atau dimajukan menjadi kawasan perumhan yang tersusun dan lebih cantik dipandang mata. Pihak Perkasa Papar akan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak berwajib berhubung isu tersebut.

Rabu, 3 Disember 2014

Aduan Dari Ketua Pemuda UMNO Cawangan...

Menurut Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Gusi, Kinarut, Papar jalan tersebut di atas sudah berkali-kali beliau kemukakan kepada pihak berkenaan untuk diambil perhatian memandangkan ianya sudah lama dalam keadaan yang tidak beraspal dan ianya sukar dilalui ketika musim hujan. Beliau berharap pihak Perkasa Papar dapat mendesak pihak berkenaan mengambil perhatian sewajarnya.

Selasa, 2 Disember 2014

Sikap Lama Yang Harus Di Ubah

Hutan Simpan Bakau Di Papar Jadi Mangsa

Kami difahamkan kawasan terbabit adalah Kawasan hutan Simpan Bakau dan tidak dibenarkan sebarang bentuk pembangunan di atasnya tapi bila kenapa pihak 'berwajib' mendiamkan diri walau aduan dan bantahan demi bantahan dibuat.

Tempat Pembuangan Sampah Di Tepi Jalan

Pembaziran Duit Rakyat Di Papar.

Bangunan TASKA KEMAS di atas bernilai RM 140 ribu letaknya di Kg. Gusi, Kinarut, Papar. Ianya sempat digunakan untuk 2 program saja sebelum terbiar atas alasan tanah mendap dan bangunan mengalami keretakan. Bangunan tersebut sememangnya dibina di atas tanah yang baru saja di tambak dan kontraktor pula membina tanpa menunggu tanah mendap sepenuhnya atau menanam cerucuk. Bagai mana projek ini diluluskan pembayarannya merupakan satu hal yang mencurigakan.

Bukti Program e.Kasih Pilih Kasih Dan Tersalah Kasih.

Ramai mendakwa bahawa program e.Kasih di Sabah pilih kasih dan tersalah kasih kepada golongan yang tidak sepatutnya. Mereka yang miskin tegar masih ramai terbiar dan menghuni rumah yang masih uzur. Menurut sumber, ada kalangan penjawat awam dan kontraktor kelas F yang menerima bantuan rumah PPRT. Pihak Perkasa P.175 Papar akan berusaha menerjah golongan sasar dan cuba membantu mereka.

Apa Yang Pelik Dalam Gambar Ini

Cuba cari apa yang pelik dalam gambar di atas.

Gelanggang Sepak Takraw Yang Dirosakan Oleh Kontraktor

Kami menerima aduan dari Ketua Pemuda Cawangan UMNO di Kg. Gusi, Kinarut, Papar berkenaan gelanggang Sepak Takraw di Kg. Gusi, Kinarut, Papar yang telah dorosakan oleh kontraktor ketika membina jalan di Kg. Gusi, Kinarut. Pihak kami telah menghubungi Pejabat Daerah Papar dan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat N. 21 Kawang untuk memaklumkan perkara tersebut dan mohon diambil tindakan sewajarnya.

Jihad Bila Berkata Benar Di Depan Pemimpin Zalim

Isnin, 1 Disember 2014

Sudah Bertahun Lamanya Perhetian Bas Ini Uzur

Perhentian Bas Di SMK KInarut, Papar. Laluan para pelanocong dalam dan luar negeri. Tercalar imej Sabah dan Malaysia di mata pelancong Asing.

Benarkah Bantuan Tangki 1Malaysia Cuma Di kwasan KDM ?


Pihak kami menerima aduan berkenaan bantuan tangki 1Malaysia seperti gambar yang di atas cuma diberikan di kawasan KDM. Menurut pengadu, beliau mendapat informasi di media bahawa projek tersebut menelan belanja RM 1 juta setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah. Beliau amat berharap agar pihak Perkasa dapat menyelidiki perkara tersebut.

PERKASA PAPAR MEMBANTAH PEMINDAHAN PENDUDUK PULAU GAYA KE KG. GUSI, KINARUT.


 Pemindahan penduduk Pulau Gaya ke Kampong Gusi,  Kinarut  yang melibatkan pembinaan 1480 unit Flat 5 tingkat dan pemindahan perkuburan Pulau Gaya ke Kg Gusi terus mendapat bantahan. Kali ini dari  Perkasa Parlimen P.175 Papar yang diketuai oleh Encik Ag Thomas Haji Atahi selaku Pengerusi menyerahkan surat dan memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia melalui Datuk Sirajudin Ahli Majlis Tertinggi Perkasa yang hadir merasmikan Persidangan Khas Perkasa Parlimen P.173 Putatan mewakili Datuk Ibrahim Ali. Turut sama menghantar memorandum bantahan ialah penduduk Pulau Gaya. Menurut Pengerusi Perkasa P. 175 Papar, En. Ag Thomas Haji Atahi, pemilihan Kg. Gusi Kinarut kurang sesuai memandangkan kawasan tersebut sudah terlalu padat dengan penduduk dan kemudahan asas yang cukup terbatas khasnya jalanraya yang kini sesak setaip pagi dan petang. Sekolah Kebangsan dan Sekolah Menengah Kebangsaan baik di Kinarut mahupun di kawasan yang berhampiran sudah tidak boleh menampung kuantiti pelajar apatah lagi dengan pertambahan 1480 keluarga. Dari aspek keselamatan pula jumlah anggota Polis di balai berhampiran tidak mampu mengawal jika berlakunya apa-apa insiden. Begitu juga aspek kebersihan di mana  masalah tersebut telah beberapa kali dilontarkan oleh penduduk di kawasan perumahan di sekitar Papar malahan pernah mendapat liputan aduan rakyat TV 3 suatu masa dulu. Beliau juga kesal kerana masih terdapat ramai penduduk miskin di Papar khasnya Kampung Gusi yang perlukan bantuan rumah Perumahan Rakyat yang lebih selesa dan warga Papar yang masih tinggal di kawasan setinggan yang sepatutnya lebih diutamakan untuk projek Perumahan tersebut.
JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...