Pemindahan
penduduk Pulau Gaya ke Kampong Gusi,
Kinarut yang melibatkan pembinaan
1480 unit Flat 5 tingkat dan pemindahan perkuburan Pulau Gaya ke Kg Gusi terus
mendapat bantahan. Kali ini dari Perkasa
Parlimen P.175 Papar yang diketuai oleh Encik Ag Thomas Haji Atahi selaku
Pengerusi menyerahkan surat dan memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri
Malaysia melalui Datuk Sirajudin Ahli Majlis Tertinggi Perkasa yang hadir
merasmikan Persidangan Khas Perkasa Parlimen P.173 Putatan mewakili Datuk
Ibrahim Ali. Turut sama menghantar memorandum bantahan ialah penduduk Pulau
Gaya. Menurut Pengerusi Perkasa P. 175 Papar, En. Ag Thomas Haji Atahi,
pemilihan Kg. Gusi Kinarut kurang sesuai memandangkan kawasan tersebut sudah
terlalu padat dengan penduduk dan kemudahan asas yang cukup terbatas khasnya
jalanraya yang kini sesak setaip pagi dan petang. Sekolah Kebangsan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan baik di Kinarut mahupun di kawasan yang berhampiran sudah
tidak boleh menampung kuantiti pelajar apatah lagi dengan pertambahan 1480
keluarga. Dari aspek keselamatan pula jumlah anggota Polis di balai berhampiran
tidak mampu mengawal jika berlakunya apa-apa insiden. Begitu juga aspek
kebersihan di mana masalah tersebut
telah beberapa kali dilontarkan oleh penduduk di kawasan perumahan di sekitar
Papar malahan pernah mendapat liputan aduan rakyat TV 3 suatu masa dulu. Beliau
juga kesal kerana masih terdapat ramai penduduk miskin di Papar khasnya Kampung
Gusi yang perlukan bantuan rumah Perumahan Rakyat yang lebih selesa dan warga
Papar yang masih tinggal di kawasan setinggan yang sepatutnya lebih diutamakan
untuk projek Perumahan tersebut.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan