Sabtu, 6 Disember 2014

Skim Penempatan Pelarian Filipina Di Kinarut Perlu Ditutup

Pihak kami menerima cadangan dari pelbagai pihak di Papar berkenaan Skim Penempatan tersebut memandangkan mereka yang tinggal di kawasan tersebut sudah menjadi warga negara Malaysia malahan terdapat 2 buah cawangan UMNO iaitu UMNO Cawangan Skim Penempatan 1 dan UMNO cawangan Skim Penempatan 2. Pihak kami melihat kawasan tersebut seakan terbiar dan kemudahan asas yang agak menyedihkan terutamanya kawasan pembuangan sampah. Segala penyadiaan kemudahan asas di sana terpaksa dilakukan secara melakukan kutipan dari rumah ke rumah menurut penduduk di sana. Malahan pihak anggota keselamatan tidak berani memasuki kawasan tersebut kerana ianya adalah terletak di bawah UNICER menurut mereka ini menyebabkan kes jenayah yang berlaku di sana seakan berleluasa. Adalah lebih baik jika mereka yang berstatus warganegara Malaysia dipindahkan ke mana-mana kawasan untuk menjamin keselesaan mereka dan kawasan tersebut dibaik pulih atau dimajukan menjadi kawasan perumhan yang tersusun dan lebih cantik dipandang mata. Pihak Perkasa Papar akan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak berwajib berhubung isu tersebut.

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...