Ramai rakyat Malaysia khasnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri ke-7 Malaysia sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihanraya Umum ke-14. Ramai berpendapat ianya seumpama Lanun menggantikan Perompak kerana Tun M juga didakwa banyak mengumpul kekayaan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Tun M juga didakwa telah banyak melakukan pembaziran semasa pemerintahannya. Kezaliman beliau amat terserlah dengan menggunakan ISA untuk menghukum musuh-musuh politik beliau tanpa bicara. dizaman beliau banyak berlaku scandal yang amat kontroversi khasnya peristiwa Mamali dan dan projek pemberian Kad Pengenalan kepa awarga Asing di Sabah. Perlu diingat UMNO diharamkan ketika pemerintahan beliau. satu lagi peristiwa yang rakyat Malaysia tidak akan lupa ialah oemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sehingga lahinya gerakan Reformasi dan tertubuhnya Parti Keadalain Rakyat (PKR).
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan