... saya bersama ramai lagi rakan seperjuangan telah sebulat suara mengambil keputusan untuk meninggalkan 'dunia politik' disebabkan tidak bersetuju dengan keputusam pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju mencalonkan Tun Dr Mahahir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke.7 seandainya Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke-14. Kezaliman Tun M kepada rakyat khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kepada rakyat dengan menggunakan 'ISA' sewenang-wenangnya sukar untuk dilupakan. Banyak lagi faktor kenapa kami tidak bersetuju. Berikut beberapa gambar kenangan semasa PRU-13 yang menjadi saksi betapa hebatnya dulu 'kita' menghentam Tun M dalam siri ceramah politi seluruh Sabah.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan