Kalau zaman Tun M dulu rakyat takut dengan ISA di zaman Najib pula akta Hasutan dan Sosma yang paling menakutkan khasnya kepada para pembangkang kerana dua Akta ini membolehkan menahan mana-mana individu tanpa bicara dan sehingga 5 tahun penjara. Inilah bukti UMNO zalim dari dulu hingga sekarang. Kerajaan zalim UMNO @ BN tidak akan dapat dihapuskan melalui Pilihanraya UMUM (PRU) kerana mereka bijak menipu dan menggunakan sumber tenaga dan kewangan kerajaan untuk memabantu menang, hanya ada satu jalan iaitu keluar dari Malaysia untuk kita rakyat Sabah dan sarawak bebas dari kezaliman tersebut. Setiap rakyat Sabah yang mempunyai kesedaran wajib berkempen menyedarkan rakyat yang lain untuk berani tandatangan petition yang telah dibuat oleh pihak SSKM.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan