56 tahun sudah merdeka di dalam malaysia namun Sabah masih mundur berbanding negeri-negeri lain di dalam Malaysia sedangkan Sabah sebuah negara yang kaya raya. Apakah rakyat Sabah masih sanggup diperbodohkan sampai bila-bila ? Mari bersama wahai rakyat Sabah menyokong perjuangan mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Sabah berhak untuk maju dan rakyat Sabah berhak untuk kaya seperti negera lain khasnya Brunei dan Singapura...
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan