Ahad, 17 September 2017

Sabah & Sarawak perlu Keluar Malaysia dengan segera...


... jika Sabah & Sarawak tidak keluar segera dari Malaysia, maka kedua negeri akan bertambah miskin dan rakyat akan bertambah derita. Lihatlah apa telah berlaku selapas PRU 13 (seperti gambar di atas),  Najib Razak dan Kerajaan BN telah melakukan pelbagai helah untuk mengutip kembali wang yang mereka telah membelanjakan semasa PRU 13. 

Perkara yang sama akan berulang sekiranya PRU 14 BN masih menang. Segala perbelanjaan yang dicurahkan semasa Pilihanraya Umum akan dikutip kembali dalam pelbagai bentuk cukai, kenaikan harga barangan dan penghapusan subsidi.

Sehubungan dengan itu, marilah rakyat Sabah dan Sarawak berganding bahu untuk 'memerdekan' Sabah dan Sarawak dari 'penjajahan' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim yang telah menindas rakyat Sabah dan Sarawak serta telah mengaut hasil kedua negeri untuk kekayaan para pemimpin BN, keluarga serta para kroni mereka disamping untuk membangunkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan negeri-negeri lain di Semenanjung sedangkan Sabah dan Sarawak dibiarkan mundur dan rakyatnya dibiarkan hidup miskin. Jika ada bantuanpun hanya sekadar untuk mengaburi mata serta hanya kroni atau penyokong parti BN sahaja yang diberikan. 

Sabah dan Sarawak mampu menjadi negara terkaya seperti Brunei dan Singapura setelah keluar dari Malaysia kerana hasil petroleum kedua negeri masih banyak di samping hasil mahsul bumi yang lain.

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...