Di Malaysia mesti orang Melayu 'UMNO' dari Malaya yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri manakala bangsa lain khasnya dari Sabah dan Sarawak tidak dibenarkan sama sekali selagi BN berkuasa. Untuk menjadi DYMM Yang DiPertuan Agong haruslah dari kalangan para Sultan dan Raja-raja Melayu manakala TYT dari Sabah dan Sarawak memang tiada hak sama sekali. Ini adalah bukti di Malaysia amalan perkauman begitu tebal sejak UMNO berkuasa. Hanya di Malaysia parti berasaskan kaum masih ujud yang diketuai oleh UMNO (United Malays National Organisation), MCA (Malaysian Chinese Association ) dan MIC (Malaysian Indian Congress) (sila lihat carta organissai Barisan Nasional yang di atas).
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan