Isnin, 4 September 2017

Rasuah antara Faktor BN sukar ditewasskan....


Amalan rasuah @ politik wang dan pemberian pelbagai bentuk insentif @ suapan seperti tangki air 'biru', beras, kain pelekat, dan lain-lain dan juga pemberian projek kilat yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang Pilihanraya di Malaysia seakan menjadi tradisi yang sukar dihapuskan di kalangan pengundi luar bandar khasnya kaum Melayu dan penduduk Islam di negeri Sabah. Pemimpin pembangkang memang mudah bercakap @ berkempen kepada rakyat @ pengundi untuk ambil apa saja yang diberikan oleh pemimpin BN tapi mengundi mereka (pembangkang) tapi pada hakikatnya hal tersebut agak sukar diterjemah bila berada di pusat mengundi. Para pengundi yang sudah menerima pemberian @ 'suapan' @ rasuah dari pihak pemimpin BN selalunya rasa terhutang budi dan rasa bersalah jika tidak mengundi pihak yang telah memberikan sogokan tersebut.
Lazimnya gula-gula @ rasuah pihak BN akan berjaya memabukan para pengundi Melayu dan Islam luar bandar di Sabah seketika hingga mereka lupa kepada masalah kenaikan harga barang, GST, skandal 1MDB dan masalah-masalah yang mereka hadapi sebelumnya dan pada masa yang akan datang. PRU 13 menjadi contoh terbaik, di mana sambutan program pembangkang khasnya PKR mendapat sambutan hangat dan luar biasa di Sabah. Ramai yang menjangkakan BN akan tewas tapi sekali lagi BN telah berhasil menggunakan senjata utama mereka iaitu memberi sogokan @ rasuah kepada para pengundi dan akhirnya pembangkang tewas di kawasan ramai pengundi Melayu di Semenanjung dan di kawasan penduduk Islam di Sabah dan Sarawak...(bersambung)
      
Tangki air 'biru' antara sogokan popluar kepada rakyat Sabah menjelang pilihanraya.

Gula-gula @ rasuah pihak BN adalah senjata utama mengapa BN terus berkuasa.



Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...