Mahu membantu AS yang kaya dan maju sedangkan negara sendiri masih mundur dan miskin khasnya Sabah dan Sarawak yang masih dhaif dari aspek kemudahan asas khasnya jalanraya (gambar di bawah menjadi bukti). Rakyat Sabah dan Sarawak perlu segera bangkit untuk memisahkan diri dari Malaysia yang mana Perdana Menterinya bukan setakat terkenal merompak wang rakyat malahan kini sudah gila bila mahu membantu sebuah negara maju dan kaya dengan menggunakan dana milik rakyat.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan