
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Khamis, 20 Jun 2019
Isnin, 17 Jun 2019
Sabah di bawah kerajaan baru...
Walaupun masih terlalu awal untuk menilai kerajaan baru Warisan / PH di negeri Sabah, namun dari keluhan rakyat Sabah dan tingkah laku para pemimpin kerajaan sekarang hampir sama saja dengan para pemimpin terdahulu. Ramai akar umbi yang secara lantang dan terbuka mengkritik para pemimpin kerajaan sekaraang yang dilihat mulai lupa dengan agenda perjuangan asal mereka. Nasib rakyat Sabah terus terpinggir. Masalah asas seperti bekalan air paip, letrik dan jalanraya masih lagi tiada jalan penyelesaiannya. Para Menteri makin sukar dihubungi. Masalah PTI makin kritikal malah seakan makin berleluasa di bawah kerajaan sekarang. Bagi admin, selagi Sabah di bawah Malaysia maka selagi itulah masalah rakyat Sabah akan berterusan kerana mereka tetap tunduk dan patuh kepada kerajaan Pusat atau kerajaan dari Malaya.
Isnin, 29 April 2019
Ahad, 28 April 2019
Sabah Tetap Mundur Di bawah Kerajaan PH...
Slogan UBAH Parti Warisan yang kini menjadi dominan dalam kerajaan PH Negeri Sabah rupanya sekadar retorik. Kemudahan asas di Sabah masih seperti dahulu malahan ada yang semakin teruk. Yang jelas berubah cuma para pemimpin khasnya yang jadi Menteri di mana kesemua mereka kini bergelar 'Datuk' yang ramai persoalkan atas jasa apa mereka dikurniahkan gelaran tersebut sedangkan mereka baru sahaja menjadi Menteri dan belum nampak lagi apa-apa sumbangan yang mereka berikan. Kos sarah hidup pula semakin meningkat walaupun GST sudah dihapuskan dan diganti dengan SST.
Jumaat, 26 April 2019
Rabu, 24 April 2019
Selasa, 23 April 2019
Langgan:
Catatan (Atom)