Slogan UBAH Parti Warisan yang kini menjadi dominan dalam kerajaan PH Negeri Sabah rupanya sekadar retorik. Kemudahan asas di Sabah masih seperti dahulu malahan ada yang semakin teruk. Yang jelas berubah cuma para pemimpin khasnya yang jadi Menteri di mana kesemua mereka kini bergelar 'Datuk' yang ramai persoalkan atas jasa apa mereka dikurniahkan gelaran tersebut sedangkan mereka baru sahaja menjadi Menteri dan belum nampak lagi apa-apa sumbangan yang mereka berikan. Kos sarah hidup pula semakin meningkat walaupun GST sudah dihapuskan dan diganti dengan SST.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan