Khamis, 7 September 2017

Bila rakyat sudah benci....


...mereka tidak peduli dikenakan tindakan janji puas hati dapat meluahkan kemarahan merteka di media sosial...

Rabu, 6 September 2017

KPN yang baru berjaya tangkap MO1...


...berjaya tangkap gambar jer,... dia ucap terima kasih dgn Najib sebab naik pangkat jadi KPN.  Leps bersara pasti dapat jawatan Pengerusi GLC dan Duta Khas macam manta KPN yang dulu janji jadi anjing BN.

Penyair Dari Gunung (lyric)

Isnin, 4 September 2017

Antara 2 darjat.....(pondok rakyat Sabah vs Istana Pemimpin Malaysia)






















Gambar di atas adalah cuma beberapa buah pondok usang rakyat Sabah, banyak lagi yang lebih usang khasnya di kawasan luar bandar. Berikut yang di bawah adalah Istana-istana beberapa pemimpin tertinggi di Malaysia.

Istana Negara (kediaman rasmi DYMM YDP Agong)

Istana Negara (kediaman rasmi DYMM YDP Agong

                                   
                                    Sri Perdana (Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia


Sri Perdana (Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia)

Sri Satria (Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

Sri Satria (Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia)




Rasuah antara Faktor BN sukar ditewasskan....


Amalan rasuah @ politik wang dan pemberian pelbagai bentuk insentif @ suapan seperti tangki air 'biru', beras, kain pelekat, dan lain-lain dan juga pemberian projek kilat yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang Pilihanraya di Malaysia seakan menjadi tradisi yang sukar dihapuskan di kalangan pengundi luar bandar khasnya kaum Melayu dan penduduk Islam di negeri Sabah. Pemimpin pembangkang memang mudah bercakap @ berkempen kepada rakyat @ pengundi untuk ambil apa saja yang diberikan oleh pemimpin BN tapi mengundi mereka (pembangkang) tapi pada hakikatnya hal tersebut agak sukar diterjemah bila berada di pusat mengundi. Para pengundi yang sudah menerima pemberian @ 'suapan' @ rasuah dari pihak pemimpin BN selalunya rasa terhutang budi dan rasa bersalah jika tidak mengundi pihak yang telah memberikan sogokan tersebut.
Lazimnya gula-gula @ rasuah pihak BN akan berjaya memabukan para pengundi Melayu dan Islam luar bandar di Sabah seketika hingga mereka lupa kepada masalah kenaikan harga barang, GST, skandal 1MDB dan masalah-masalah yang mereka hadapi sebelumnya dan pada masa yang akan datang. PRU 13 menjadi contoh terbaik, di mana sambutan program pembangkang khasnya PKR mendapat sambutan hangat dan luar biasa di Sabah. Ramai yang menjangkakan BN akan tewas tapi sekali lagi BN telah berhasil menggunakan senjata utama mereka iaitu memberi sogokan @ rasuah kepada para pengundi dan akhirnya pembangkang tewas di kawasan ramai pengundi Melayu di Semenanjung dan di kawasan penduduk Islam di Sabah dan Sarawak...(bersambung)
      
Tangki air 'biru' antara sogokan popluar kepada rakyat Sabah menjelang pilihanraya.

Gula-gula @ rasuah pihak BN adalah senjata utama mengapa BN terus berkuasa.



JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...