
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Jumaat, 11 September 2015
Wartawan Australia dedah pengakuan Sirul
PETALING JAYA: Seorang wartawan Australia yang menyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah diusir dari negara ini.
Al Jazeera dalam kenyataan rasmi menjelaskan May Ann Jolley dihalau kerana aktivitinya yang boleh menjejaskan imej Malaysia.
“Saya telah dihalau daripada Malaysia. Saya diiringi lima pegawai dan lelaki yang berpakaian tentera. Saya sedia untuk berlepas ke Sydney…Hakikatnya saya gementar,” kata Jolley ketika bersiaran dengan sebuah program 101 East.
Jolley telah diusir pada 14 Jun lalu.
Sepanjang berada di negara ini, dia menyiapkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya.
Dia yang kini berada di Australia turut berjaya menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang ditahan di negara itu.
Menurut laporan Al Jazeera, dalam siasatan yang dibuat Jolly, salah seorang saudara Sirul yang dikenali sebagai “Frank” mengingat semula perbualannya pada malam pembunuhan itu berlaku.
“Saya bertanya kepadanya, adakah engkau lepaskan tembakan, adakah kau buat?”
“ Saya katakan…kau ada pillihan, kau ada pilihan untuk mengelak dari terbabit biarkan keadaan itu berlalu,” tulis laporan itu.
Jolley juga mendedahkan bukti bahawa Sirul cuba mengugut dengan maklumat yang dia ada tentang siapa yang terbabit dengan pembunuhan itu.
Susulan perkembangan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.
“ Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) tidak kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan mendiang (Altantuya Shaariibuu),”petik kenyataan itu.
Di Sebalik Scandal 1MDB
Siapa dalang disebalik scandal 1MDB....tentu ramai yang sudah tahu bahawa Najib Razak adalah dalang dan watak utama dalam scandal 1MDB.
Rakyat Malaysia Marahnya Masih Berlapik
Kalau di negara lain mungkin setiap hari mereka akan buat demo di jalanan sehinggalah Perdana Menteri yang mencuri duit mereka meletak jawatan tapi di malaysia hanya memijak kepala Perdana Menteri yang curi duit RM 2.6 billion itupun pijak secara sembunyi.
UMNO Penjajah Baru Rakyat Sabah
Sejak kehadiran UMNO di Sabah, banyak hak dan keistimewaan rakyat Sabah telah hilang. Begitu juga kekayaan hasil bumi Sabah telah dimonopoli oleh para pemimpin UMNO. Mereka menggunakan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Petronas dan lainnya untuk mendapatkan tanah di Sabah. Para pemimpin Sabah diperbodohkan oleh para pemimpin dari Malaya. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British terus diamalkan oleh para pemimpin UMNO.
Khamis, 10 September 2015
Rakyat Sabah Harus Berani Bersuara
Sudah tiba masanya rakyat Sabah bersatu hati dan keluar ke jalanraya untuk demonstrasi menuntut dari kerajaan Barisan Nasional agar Sabah Merdeka dikeluarkan dari Malaysia. Selama ini Sabah dan Sarawak telah ditipu oleh pemimpin Malaya. Hasil kekayaan Sabah dan sarawak dikaut untuk membangunkan Malaya semantara Sabah dan sarawak terus dianak tirikan. Sabah dan Sarawak juga telah dijadikan negeri di dalam malaysia sedangkan Sabah dan Sarawak bersama Malaya membentuk Negara Malaysia.
Rabu, 9 September 2015
RM 700 juta diperuntukan untuk menaiktaraf keretapi di Sabah tapi oleh kerana anak buah Musa Aman (Ketua Menteri Sabah ) yang dapat maka inilah hasilnya....Keretapi zaman purba masih digunakan. SPRM tidak bertindak sebab anak buah Ketua Menteri yang terlibat. Kalau orang biasa sudah lama kena siasat dan didakwa.
Sajak Buat Macai Melayu Yang Bodoh dan Bangang
HAI MELAYU..
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
A. Samad Said
Ahad, 18 Januari 2015
Masalah sampah di jalan kg Gusi, Kinarut, Papar
Tiada tindakan dari pihak berkenaan meskipun aduan sudah dibuat kpd pihak berwajib termasuk pihak ADUN N. 21 Kwg.
Langgan:
Catatan (Atom)