Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Jumaat, 11 September 2015
Wartawan Australia dedah pengakuan Sirul
PETALING JAYA: Seorang wartawan Australia yang menyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah diusir dari negara ini.
Al Jazeera dalam kenyataan rasmi menjelaskan May Ann Jolley dihalau kerana aktivitinya yang boleh menjejaskan imej Malaysia.
“Saya telah dihalau daripada Malaysia. Saya diiringi lima pegawai dan lelaki yang berpakaian tentera. Saya sedia untuk berlepas ke Sydney…Hakikatnya saya gementar,” kata Jolley ketika bersiaran dengan sebuah program 101 East.
Jolley telah diusir pada 14 Jun lalu.
Sepanjang berada di negara ini, dia menyiapkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya.
Dia yang kini berada di Australia turut berjaya menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang ditahan di negara itu.
Menurut laporan Al Jazeera, dalam siasatan yang dibuat Jolly, salah seorang saudara Sirul yang dikenali sebagai “Frank” mengingat semula perbualannya pada malam pembunuhan itu berlaku.
“Saya bertanya kepadanya, adakah engkau lepaskan tembakan, adakah kau buat?”
“ Saya katakan…kau ada pillihan, kau ada pilihan untuk mengelak dari terbabit biarkan keadaan itu berlalu,” tulis laporan itu.
Jolley juga mendedahkan bukti bahawa Sirul cuba mengugut dengan maklumat yang dia ada tentang siapa yang terbabit dengan pembunuhan itu.
Susulan perkembangan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.
“ Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) tidak kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan mendiang (Altantuya Shaariibuu),”petik kenyataan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan