Sabtu, 14 Oktober 2017

Mari kenali KP SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad...


 Mari kita perkenalkan Datuk Dzulkifli bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan manja “Abang DZ” dikalangan beberapa wanita rupawan termasuk yang posing sweet dalam gambar di-atas?

Anda mungkin tertanya siapa wanita sweet berkenaan. Itu naluri manusia tapi harap bersabar ya.

Kita berkenalan dahulu dengan Abang DZ kito ni dulu. Kemampuan Abang DZ kito ni memang tinggi kalau tidak mana mungkin Abang DZ kito nih boleh tergolong dalam kumpulan yang memberikan “perkhidmatan khas” untuk Wanita Nombor 1 Malaysia Datin Rosmah Mansor.

Hampir terlupo kawe tentang pengumuman penting berkenaan Abe DZ kito ni. Hebakmu....

Heboh satu Putrajaya sehari duo nih kato Abe DZ kito ni sudah menerima perkenan Datin Rosmah untuk dilantik mejadi KETUA PESURUHJAYA SPRM berkuatkuasa 1hb Ogos depan.

Ramai terkejut berok. Kawe pun terkejut tapi dop sampai jadi beruk. Abe DZ kito nih banyok kes lamo. Ok kawe kecek bahaso luar pulok deh.

Baca butiran lanjut berkenaan tindak tanduk Dato Dzulkifli ini di laman blog www.kekandasatria.blogspot.com tetapi apa patut di ketahui umum adalah peranan licik Dzulkifli dalam melindungi jenayah.

Boleh kah seorang pegawai kerajaan dari Jabatan Peguam Negara yang bersubahat melindungi jenayah di lantik pula menjadi Ketua Pengarah SPRM?

Peranan dan khidmat nasihat Dzulkifli dalam konspirasi membersihkan nama Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib bin Hj Tun Abdul Razak tidak di ketahui ramai. Cukup lah setakat pendedahan bhw kenyataan akhbar yang dibaca oleh Peguam Negara pun disediakan oleh Dzulkifli setelah beberapa kali berulang alik dari pertemuan dengan isteri YAB PM Datin Rosmah.

Kenyataan akbar yang di maksudkan adalah yang dibacakan Peguam Negara Tan Sri Apandy Ali ketika membersihkan YAB PM dalam isu derma 2.6 billion.

Peranan dan khidmat nasihat Dzulkifli bukan percuma dan Nampak nya tidak sia-sia. Habuan yang di janjikan adalah jawatan Ketua Pengarah SPRM itu sendiri kerana sudah ada rancangan untuk pecat Tan Sri Abu Kassim sejak bulan Disember tahun sudah.

Jambatan penghubung Dzulkifli dengan isteri YAB PM kita adalah tidak lain dan tidak bukan Yb Dato Seri Panglima Azeez Rahim pengerusi Tabung Haji dan “mesin ATM” bagi YAB PM kita.

Hubungan Yb Azeez dengan Dzulkifli pula bukan teman rapat ttpi sekadar agen pembersih yang menerima upah lumayah untuk lenyapkan kes-kes rasuah lama Yb Azeez.

Bagaimana individu sebegini boleh diperkenan oleh isteri YAB PM untuk menerajui SPRM. Tidak ada yang tidak terkejut.

Baiklah. Kita berbalik kepada soalan yang bermain-main difikiran anda. Saya faham. Anda ingin mengetahui siapa wanita sweet bertudung biru yg berposing manja dalam gambar diatas. Betul tak?

Rupa-rupanya Abe Dzul kito ni pun boleh tahan dalam bermain cinta. Apapun kito nasihat lah. Jange bermain cinto dengan bini ore lain Abe Dzul. Memang cantik tapi hak orang lain tu.

Khabarnya terdapat banyak lagi gambar menarik Abe Dzul kito nih dengan wanita lain. Kita nasihat lagi jange main dengan bini orang. Khabarnya ada suami yang telah pasang “private investigator” yang dah rakam perbualan telepon.

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...