Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak kerajaan tahu kewujudan pihak berkenaan dan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.
Kita tidak menafikan wujudnya golongan yang menjalankan aktiviti berkenaan malah perkara ini sentiasa dipantau kerajaan.
“Namun, kerajaan berusaha mengawal kegiatan mereka supaya tidak keterlaluan sehingga merosakkan masyarakat,” tambahnya.
Berdasarkan sumber yang melaporkan, kegiatan judi haram serta mengutip hasil sehingga RM5 bilion sebulan antara kegiatan sembilan dragon yang menguasai negara ini.
Disamping itu, sindiket itu juga didakwa turut merasuah pihak penguat kuasa serta mampu menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam.
Nur Jazlan enggan mengulas lebih lanjut akan tetapi seperti mengiakan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan