Sabtu, 14 Oktober 2017

KEPENTINGAN MELAYU TERJEJAS!!! REKOD MEMBUKTIKAN RAMAI DISIASAT SPRM!!!

  Bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad dan isterinya, Bibi Shahriza Mohd Khalid dilaporkan hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap syarikat tersebut.
Kehadiran mereka difahamkan adalah atas arahan SPRM setelah sebelum ini agensi tersebut turut melakukan serbuan ke pejabat FGV di Menara Felda.
Bagi sesetengah pihak, tentu ada yang gembira dengan perkembangan ini kerana seolah-olah Isa dan isterinya akan disiasat dan selepas itu mungkin akan didakwa oleh agensi penguatkuasa anti rasuah itu.
Tambahan lagi, cerita-cerita yang berlegar dari mulut ke mulut mengenai mereka bukan sedikit diperkatakan oleh orangramai sejak Isa menerajui Felda dan FGV lagi.
BENARKAN ISA DAN ISTERINYA DISIASAT???
Jika benar Isa dan isterinya yang sedang disiasat oleh SPRM, keadaan ini benar-benar umpama cerita kartun kerana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu baru saja dipindahkan daripada FGV ke SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Isnin lalu.
SEBENARNYA BAGUS ISA LETAK JAWATAN DI FGV TETAPI PERSOALANNYA KENAPA PULA DIBERI JAWATAN DI SPAD????
APAKAH KERAJAAN BENAR2 SERIUS MENTADBIR NEGARA???
Sudah berapa banyak entiti yang menjadi landasan memperjuangkan KEPENTINGAN MELAYU TERJEJAS kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan terutama tentang pelantikan pemimpin tertentu ke dalam GLC antaranya :
1. FGV - ISA SAMAD - (DISIASAT SPRM)
2. TABUNG HAJI - AZEEZ RAHIM - (DISIASAT SPRM)
3.MARA - ANNUAR MUSA  - (DISIASAT OLEH SPRM)
4. FELCRA - BUNG MOKHTAR (DISIASAT SPRM BERKAITAN PEMBELIAN SAHAM AMANAH DAN BEKAS PENGERUSI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN DISIASAT BERKAITAN PEMBERIAN BONUS MELIBATKAN BELIAU, TIMBALAN MENTERI ISMAIL ABDUL MUTALIB DAN HALIMAH SIDDIQUE).
5. YAPEIM - AGENSI MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN PERNAH DISAMAN OLEH YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) BERJUMLAH RM20 JUTA ATAS DAKWAAN YPEIM MENGGUNAKAN DANA PEMANGKIN UNTUK MENAJA PROGRAM MENTERI DI JPM JAMIL KHIR KE EROPAH, AMERIKA SYARIKAT DAN PROGRAM-PROGRAM YPEIM DI AUSRALIA. (TURUT DISIASAT SPRM - PENYELEWENGAN DANA).
JANGAN KATA AGENSI BESAR-BESAR. AGENSI YANG MEMBERI PINJAMAN KECIL-KECILAN PUN ROSAK DEK RASUAH.
KENAPA INI TERJADI???
SALAH SIAPA SEMUA INI??? 
TIDAK SERIUS ISU INI???

ATAU "SIKAP MENUNJUKKAN KESETIAAN" DAN "TIDAK LAWAN TAUKE"  SAJA AKAN TERUS KEKAL, BAHKAN AKAN "SELAMAT" SAMPAI BILA-BILA.????

Sumber :  http://kekandasatria.blogspot.com

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...