Jumaat, 30 Jun 2017

Peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi hilang


KUALA LUMPUR: Suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.Menurut laporan The Star Online, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menjalankan penyiasatan mengenai kehilangan tersebut.

Laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.

Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.

Laporan itu berkata, pihak kastam telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Portal itu melaporkan, peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.

Sumber : http://www.astroawani.com/

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...