(Gambar stesen SABAH OIL di Sandakan)
Pada tahun 70an Sabah tersangat lah kaya-raya di kalangan Singapore, Malaya, Brunei dan Sarawak sehinggakan Tun Mustapa pernah tersenarai antara individu yg terkaya di dunia melalui hasil kayu balak. Sejak peristiwa Double 6 hasil kekayaan Sabah yg kedua iaitu petroleum & gas mula menjadi rebutan dan mimpi indah Malaya utk mengaut sumber kekayaan ini. Sebab itu lah hanya 8 hari saja dari peristiwa tersebut ketua menteri Sabah yg baru Harris Salleh menandatangani perjanjian royalti minyak 5% antara kerajaan negeri Sabah dan Malaya melalui Petronas. Bukan itu saja tetapi semua 20 perkara turut di perkosa perlahan-lahan sehinggalah sekarang.
Pada tahun 2015 pendapatan syarikat Petronas adalah RM 247.47 Billion dan menyusut pada tahun 2016 tetapi untuk pungutan royalti minyak dan gas kepada Sabah bagi tahun 2017 yg diumumkan ketika pembentangan budget yg lalu hanya sebanyak RM 985 juta sahaja, tidak sampai pun 1 Billion. Dan budget kerajaan negeri Sabah 2017 yg diumumkan baru RM 3.784 Billion sahaja. Terlalu sedikit kan?
Mengapa Brunei yang begitu kecil itu boleh menjadi negeri kaya-raya hanya dgn minyak sahaja? bukan sebab negara Brunei bersaiz kecil atau rakyatnya sedikit yg hanya seramai 400 ribu lebih orang saja tetapi usaha sama kerajaan Brunei dengan syarikat minyak Shell dalam bisnes minyak & gas keuntungan adalah sama rata! ( 50/50 ) melalui Brunei Shell Petroleum ( BSP ) Itu antara sebab Brunei tidak mahu menyertai pembentukan Malaysia yang melihat ianya berat sebelah iaitu menguntungkan Malaya.
Berikut adalah antara fakta berkenaan hasil bumi Sabah dan sumbangan Sabah terhadap kerajaan Persekutuan :-
1) Sabah pengeluar utama Balak di Malaysia
2) Sabah pengeluar utama Minyak & gas di Malaysia
3) Sabah pengeluar sawit utama di Malaysia
4) Sabah pengeluar koko utama di Malaysia
5) Sabah pengeluar getah utama di Malaysia
6) Sabah pusat pelancongan utama di Malaysia
7)Sabah penyumbang hasil cukai kedua terbesar di Malaysia
Tapi peliknya Sabah tetap negeri miskin dan paling mundur dari aspek kemudahan awam khasnya letrik, air, jalanraya, pengangkutan awam, hospital, sekolah dan internet.
Rasanya belum terlambat untuk Sabah bangkit menjadi negara terkaya seperti Brunei dan Singapura asalkan rakyat Sabah berani untuk menyokong usaha membawa Sabah Keluar Dari Malaysia. Percayalah sesungguhnya Sabah akan tetap mundur dan miskin selagi berada di dalam Malaysia kerana hasil Sabah akan diseleweng oleh para pemimpin 'atasan' khasnya dari Malaya serta hasil mahsul Sabah terpaksa dikongsi dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kerakusan para pemimpin pusat yang merampas tanah-tanah di Sabah akan berterusan.
Marilah berjuang bersama Keluarkan Sabah dari Malaysia demi masa depan generasi yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan