Akta Hasutan yang diamalkan di Malaysia sememangnya tidak relevan dalam sebuah negara demokrasi apa lagi dalam sebuah negara Islam yang sememangnya memberikan kebebasan untuk bersuara termasuklah mengkritik para pemimpin atasan seperti yang diamalkan oleh nabi Muhammad S.A.W dahulu. Baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah menghukum mana-mana individu yang mengkritik beliau malahan beliau amat berterima kasih kepada mereka yang berani bersuara. Akhat Hasutan lazimnya diamalkan hanya di negara-negara komunis atau negara yang tidak mengamalkan demokrasi khasnya di zaman langit terbuka dengan lambakan media sosial yang menyajikan pelbagai info tanpa tapisan. Akha Hasutan yang digunakan untuk mengekang rakyat Sabah untuk menyuarakan hasrat Keluar dari Malaysia juga dianggap satu tindakan zalim dan tidak bertamadun. Rakyat Sabah sewajarnya berhak untuk bangkit dan bersuara kerana sekian lama hak mereka dinafikan. Perjanjian 20 perkara yang dimeterai banyak telah dilanggar oleh pihak pemimpin Semenanjung. Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia sepatutnya dilayan sebagai 2 komponen besar (Sabah, Sarawak dan Semenanjung 3 komponenan yang membentuk Malaysia) bukannya sebagai diiktiraf sebagai negeri yang kecil seperti negeri-negeri lain di semenanjung apatah lagi Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan negeri yang amat besar yang sememangnya memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan pelbagai kemudahan asas. Untuk itu Akata Hasutan sewajarnya perlu dimansuhkan agar amalan demokrasi subur di Malaysia di samping Islam yang dijdaikan agama Rasmi Malaysia bukan setakat dekorasi sahaja kerana Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya untuk bersuara selagi ianya di atas landasan kebenaran.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan