Ahad, 12 Mac 2017

Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak keluar...

Kemungkinan bahawa Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia adalah kesinambungan daripada kisah pengeluaran Singapura pada tahun 1965 daripada persekutuan dan keengganan Brunei untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan. Pengeluaran Singapura telah mengubah maksud “Persekutuan” dalam Pelembagaan yang merendahkan status Sabah dan Sarawak daripada perkongsian yang saksama menjadi hanya salah satu daripada negeri-negeri dalam Persekutuan.
Kesimpulannya, Persekutuan Malaysia juga tidak lagi wujud pada 1965 selepas keluarnya Singapura dan Persekutuan Malaya yang tidak berfungsi pula muncul sebagaiPersekutuan Malaysia baru. Hasil daripada perubahan besar dalam kekayaan, kerajaan Persekutuan enggan atau tidak nampak sebab untuk menerima terma-terma yang ada dalam Perjanjian Malaysia yang dibuat pada 1963. Di bawah perjanjian inilah Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Brunei (tidak menerima) dan Malaya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak. Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.
Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.
Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula. Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering. Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.
Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan. Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
 "Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak?" Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.
Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.
Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi. Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.
Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu. Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sya sbg wrga Bumiputera Sabah mnyokong prnyataan ini. Sbb bgi sy, apa yg dorang buat dngn kmi slama ini tdk adil. Kmi mnjdi mskin dn kmi sngt ktinggalan zmn dri segi pmbangunan,kmi dpandang rndah dngn ngeri lain sdgkan hsil mnyk kmi smua kna ambil. Smkin bnyk klapa sawit kna tanam d sni tpi akhir2nya kna ambil jg hasil dia. Lbih baik Sabah kluar dri Malaysia brsama2 dngn Sarawak.

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...