Isnin, 21 November 2016

Penglibatan Musa Aman Dalam Scandal Rasuah Jabatan Air Sabah

Ini adalah suasana sebenar yang menunjukkan hubungan seorang Ketua Menteri dan Menteri Kewangan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah dan pemilik syarikat kroni, Datuk Teo Chee Ming (Pengarah Syarikat Yuda Water Sdn Bhd).
Musa Aman telah mendedahkan bahawa beliau tiada kaitan dengan skandal rasuah di dalam Jabatan Air Sabah. Sedangkan konsesi projek air bagi tahun 2015-2016 yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Air kepada keluarganya di dalam Syarikat Yuda Water Sdn Bhd adalah atas persetujuan Musa Aman.
Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah tidak boleh meluluskan sewenang-wenangnya satu projek air yang bernilai melebihi RM1 Juta tanpa pengetahuan dan kelulusan Musa Aman. Hal ini adalah "cop mohor" yang wajib dilalui prosesnya antara "politik" dan "perniagaan" kapitalis seperti Syarikat Yuda Water Sdn Bhd dan Musa Aman (Ketua Menteri Sabah).

Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib hanyalah sekadar "pelengkap" dan "boneka" di dalam birokrasi Jabatan Air Sabah. Manakala Joseph Pairin Kitingan selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur mengukuhkan lagi kedudukan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah untuk mengutamakan syarikat keluarganya mendapatkan projek air di Sabah atas izin Musa Aman selaku Menteri Kewangan Sabah.
Contoh projek air yang melibatkan kuasa Musa Aman dan Joseph Pairin Kitingan di negeri Sabah. Projek ini adalah khusus diletakkan di bawah Bajet Kerajaan Negeri. Selain Kerajaan Negeri Sabah yang memberikan projek kepada Syarikat Yuda Water Sdn Bhd, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya juga pernah memberikan projek kepada Pengarah Syarikat Yuda Water Sdn Bhd yang ditangkap dan didakwa oleh SPRM bermula Oktober 2016.
Timbul persoalan, bagaimana mungkin seorang penjawat awam boleh memiliki 127 geran tanah bernilai RM 30 Juta tanpa bantuan kuasa politik bukan? Jadi, Musa Aman (Ketua Menteri) adalah ahli politik yang paling berkuasa menentukan kelulusan permohonan geran tanah di suatu kawasan di negeri Sabah. Proses ini menunjukkan bahawa Teo Chee Kong bukan sahaja rakan penjawat awam yang sangat rapat dengan Musa Aman, akan tetapi beliau juga adalah "rakan perniagaan" Musa Aman di negeri Sabah. Berapa nilai wang rasuah yang disuap oleh Teo Chee Kong untuk dapat semua geran ini? Hanya Musa Aman sahaja tahu nilai tersebut.

Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...