Isnin, 29 Disember 2014

Imej Papar Tercalar Di Mata Pelancong

Gambar di atas adalah merupakan antara imej yang akan dilihat oleh para pelacong yang menaiki keretapi yang hampir setiap hari ke pekan Papar. Diharap para pihak yang berwajib khasnya Majlis daerah papar dapat mengambil inisiatif segera bagi memastikan imej Pekan Papar tidak tercalar di mata pelancong.

Hanya Doa Yang Bisa Kita Panjatkan

SK Pekan Bongawan Perlukan Dewan Serba Guna dan Bangunan Baru

Selasa, 23 Disember 2014

Gerai Di Tepi Jalan Cemarkan Imej Malaysia

Sabah Hampir setiap hari pelancong asing melalui jalan tersebut. Majlis Daerah Papar atau badan yang berakitan pelancongan wajar memikirkan cara mengatasinya kerana ianya bukan sekadar mencemarkan imej Papar malahan juga imej Malaysia di mata dunia.

Jumaat, 19 Disember 2014

1 Realiti Yang Pahit


Gambar di atas adalah realiti yang harus ditelan walauun pahit oleh para pemimpin kerajaan Barisan Nasioanal. Walapun bermacam-macam program dan berbillion ringgit dibelanjakan namun masih ramai lagi yang tercicir. Di mana silap dan siapa yang buat kesilapan wajar disiasat sebelum ianya semakin melarat. Perkasa Papar akan cuba berusaha sedaya upaya untuk mencari golongan yang tercicir dan diusahakan agar mereka mndapat bantuan yang sewajarnya.

Projek Membazir Di Papar ?


Projek Gerai di tepi jalan seperti ini ada 2 buah. Apa puncanya hingga terbiar seperti ini ? Pihak kami akan cuba mendapatkan jawapan dari pihak Majlis Daerah Papar dalam sessi pertemuan nanti.

Kenapa Masih Banyak Rumah Seperti Ini Di Papar ?




Rabu, 10 Disember 2014

Jalan Kg Gusi, Kinarut, Papar Semakin Kritikal

Kami berkesempatan meninjau aduan dari penduduk Kg. Gusi yang meminta pihak kami mendesak pihak berkenaan untuk mempercepatkan pembaikan jalan Kg. Gusi yang semakin kritikal kahsnya bila musim hujan.

Hanya Ada Di Papar ?

Perhentian bas seperti ini agaknya mungkin hanya ada di Papar. Bukan sebuah tapi masih ada beberapa buah lagi. Kami berharap pihak Majlis Daerah Papar akan dapat membina perhentian bas yang baru untuk mengganti bas yang sudah sekian lama ini demi imej Sabah dan Malaysia kerana ramai pelancong asing yang berulang alik melalui daerah Papar hampir setiap hari.

Longgokan Sampah Sarap Di Jalan Kg. Gusi Angkara Siapa ?

Kami menerima banyak aduan dari penduduk berhubung dengan longgokan sampah sarap berhampiran jalan Kg. Gusi, Kinarut, Papar. Aduan bukan sahaja kami terima dari penduduk Kg. Gusi malahan diterima juga dari warga Setinggan Kg. Kuala 2 Kinarut tenpat pembuangan @ longgokan sampah tersebut yang menimbulkan aroma yang busuk dan mencacatkan pandangan mata. Pihak kami telah memaklumkan kepada pihak terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

Ahad, 7 Disember 2014

Christoph Mueller CEO Baharu MAS...1 Penghinaan Kepada Rakyat Malaysia.....

Dengan kata lain rakyat Malaysia tiada yang bijak dan pandai mengurus.

Wajarkah Premis Perniagaan Terlalu Hampir Dengan Jalanraya

Keujudan Premis perniagaan yang begitu hampir dengan jalanraya bukan sedikit jumlahnya. Ianya dijangka akan membantutkan usaha pembesaran jalanraya pada masa akan datang. Seharusnya pihak yang terbabit dalam meluluskan lesen dan kebenaran premis tersebut dibina memandang ke hadapan dan mengambil kira kesesakan lalulintas yang begitu kritikal di beberapa kawasan di daerah Papar khasnya pada waktu pagi dan petang.
JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...