
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Selasa, 23 Januari 2018
Isnin, 22 Januari 2018
Ahad, 21 Januari 2018
Sabtu, 20 Januari 2018
Jumaat, 19 Januari 2018
UMNO sanggup terima orang India jadi ahli...
Bukan setakat Kadazan dan Dusun di Sabah UMNO sanggup terima malahan sekarang orang India UMNO sanggup terima walaupun jelas menyalahi Perlembagaan UMNO yang hanya terbuka kepada kaum Melayu yang beragama Islam. Inilah bukti pemimpin UMNo yang sanggup menghalalkan cara asalkan dapat mengekalkan kuasa mereka.
Balasan kepada media yang kuat buat fitnah...
Media Prima yang digunakan oleh kerajaan Barisan nasional untuk menghentam pembangkang dan membuat propaganda khasnya melalui TV 3 akhirnya mendapat balasan bila mencatat kerugian untuk tahun ke-3 berturut-turut. Rakyat Malaysia khasnya 51 % yang memilih pembangkang pada PRU 13 meluat dengan cara Media Prima yang terlalu berat sebelah dan seakan ianya dimiliki 100% oleh Barisan Nasional. Kempen pembangkang untuk memboikot Media Prima nampaknya mendatangkan hasil bila Media Prima tiga tahun berturut-turut mencatat kerugian. Begitu juga dengan media milik UMNO iaitu Utusan Malaysia yang setiap tahun mengalami kerugian kerana terlalu kera mbu fitameptnah hinggakan beberapa kali kalah dalam saman fitnah oleh para pemimpin pembangkang. Malaysia sebuah negara demokrasi dan dipimpin oleh pemimpin Islam akan tetapi tidak mengamalkan ajaran dan prinsip Islam dalam aspek media.
Rabu, 17 Januari 2018
Sabah masih mundur di dalam Malaysia
56 tahun sudah merdeka di dalam malaysia namun Sabah masih mundur berbanding negeri-negeri lain di dalam Malaysia sedangkan Sabah sebuah negara yang kaya raya. Apakah rakyat Sabah masih sanggup diperbodohkan sampai bila-bila ? Mari bersama wahai rakyat Sabah menyokong perjuangan mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Sabah berhak untuk maju dan rakyat Sabah berhak untuk kaya seperti negera lain khasnya Brunei dan Singapura...
Selasa, 16 Januari 2018
Umpama Lanun ganti Perompak...
Ramai rakyat Malaysia khasnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri ke-7 Malaysia sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihanraya Umum ke-14. Ramai berpendapat ianya seumpama Lanun menggantikan Perompak kerana Tun M juga didakwa banyak mengumpul kekayaan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Tun M juga didakwa telah banyak melakukan pembaziran semasa pemerintahannya. Kezaliman beliau amat terserlah dengan menggunakan ISA untuk menghukum musuh-musuh politik beliau tanpa bicara. dizaman beliau banyak berlaku scandal yang amat kontroversi khasnya peristiwa Mamali dan dan projek pemberian Kad Pengenalan kepa awarga Asing di Sabah. Perlu diingat UMNO diharamkan ketika pemerintahan beliau. satu lagi peristiwa yang rakyat Malaysia tidak akan lupa ialah oemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sehingga lahinya gerakan Reformasi dan tertubuhnya Parti Keadalain Rakyat (PKR).
Langgan:
Catatan (Atom)