
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Sabtu, 12 November 2016
Jumaat, 11 November 2016
Pengguna FB Pilih Tun M Top Leader.....
Nampaknya populariti Jibby di kalangan rakyat Malaysia semakin merundum, beliau tewas kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dalam pemilihan sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia dan sebelum itu Jibby juga tewas ditangan mantan Timbalan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim dalam pemilihan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di kalangan rakyat Malaysia khasnya di luar negara, Jibby cukup dibenci ekoran pelbagai skandal beliau dan gaya hidup mewah isteri beliau yang cukup popular di dunia.
DS Anwar Ibrahim Dipilih Sebagai Perdana Menteri Malaysia
Pengguna Facebook Pilih DS Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia mengalahkan Najib @ Jibby yang terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai skandal khasnya pembunuhan Altantuyah dan kes Rasuah 1MDB. Populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tetap unggul sekalipun media milik UMNO dan Barisan Nasional serta bloger upahan @ pencacai BN tidak henti-henti menyiarkan fitnah terhadap beliau.
Khamis, 10 November 2016
Rabu, 9 November 2016
Langgan:
Catatan (Atom)