
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Selasa, 22 September 2015
Isnin, 21 September 2015
Ahad, 20 September 2015
Rasuah Membawa Musibah Kepada Malaysia
Peningkatan kadar rasuah khasnya dikalngan pemimpin BN di Malaysia akan membawa musibah yang amat dasyat..
Sabtu, 19 September 2015
HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR
Kenyataan Media. 1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir.Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun denganpenoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungiNajib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteripula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low,George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terusmendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100. NASIB KAU LAH LABU. DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR. Ahli Parlimen Pokok Sena. 19 Sept 2015/5 Zulhijjah 1436H
MB Selangor Dipanggil Polis
Inilah salah satu contoh kebodohan Polis Malaysia. MB Selangor dipanggil Polis sebab Bersih 4 dan hanya kerana beliau pemimpin kanan paeti pembangkang di Malaysia... Amat Maslan ikut gimpunan baju merah x kena panggil seolahnya Polis Malaysia dibayar gaji oleh Parti BN... mereka berkhidmat untuk pemimpin BN bukannya untuk rakyat...jadi kalau ada orang yang panggil Polis BERUA atau MACAI BN ... janganlah marah...
Najib Bakal Dipenjara...
LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONGSaya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana Najib Tun Razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya.---- Khairuddin Abu Hassan.Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITEDSyarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanansejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.Pada masa yang sama, saya turut membuat laporan polis keatas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low dan ahli keluarganya merangkumi syarikat-syarikat:1) JYNWELL CAPITAL (HK)2) JYNWELL CHARITABLEFOUNDATION3) STRATEGIC RESOURCES(GLOBAL LIMITED)Satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan oleh pihak polis Hong Kong bagi menyiasat samada syarikat-syarikat milik kepentingan Jho Low serta keluarganya pernah berurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.Saya juga memohon pihak polis Hong Kong untuk menyiasatsamada syarikat-syarikat milik Jho Low serta keluarganya pernah membuat apa-apa pelaburan ataupun tidak bagi pihak syarikat 1MDB di Hong Kong?!Laporan polis di Hong Kong dibuat adalah semata-mata kerana saya mahu pihak polis dari negara luar menyiasat secara komprehensif, telus serta tanpa sebarang pengaruh dari Perdana Menteri Malaysia yang nampak kini sedang menyalah-guna kuasa bagi mengambil pelbagai tindakan terhadap pegawai-pegawaikerajaan yang sedang menyiasatkes skandal 1MDB ini!!Sepertimana yang saya pernah katakan; secara jujur dan ikhlas saya tidak lagi mempunyai kepercayaan mahupun keyakinan terhadap PDRM, Bank Negara Malaysia serta Pejabat Peguam Negara Malaysia.Badan-badan berkuasa ini tidak berani untuk menyiasat kes skandal 1MDB secara bebas, adil, telus serta komprehensif!!Keseluruhan rakyat dah mula sedar seolah-olah ada 'tangan ghaib' yang sedang mebuat 'kawalan jauh' untuk memperlahankan seterusnya kemungkinan menutup kes penyelewangan skandal syarikat 1MDB!!Dengan izin Allah swt; seandainya berlaku pertukaran kepimpinan di negara kita maka kesemua pegawai tertinggi badan-badan berkuasa ini bersama sesiapa saja yang terlibat di dalam konspirasi untuk menutup kemungkaran kes skandal syarikat 1MDB mesti didakwa dan dihukum secara setimpalnya!!Kalangan ini telah menodai dan mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab secara amanah!!Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan puak-puak haprak ini adalah pengkhinat kepada bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini!!--- Khairuddin Abu Hassan.
Polis Malaysia Semakin Bangang, Bodoh dan Palui
Dr. MAZA Disiasat Kerana Menghasut Di FBMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut - Gambar FailKUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut.Menurut laporan The Malaysian Insider, polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal di bawah Akta Hasutan.Ia katanya selepas merakamkan kenyataan wartawan yang menulis laporan mengenai satu kenyataannya yang di muat naik ke laman Facebook sejurus sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.Kenyataan itu antara lain merujuk kepada peserta perhimpunan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 32 jam bermula 29 Ogos lalu yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.Turut disiasat adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk AmbigaSreenevasan.
Rilek Sekejap
Cikgu ; Bila besar, siapa nak jadi pilot ?
Murid ; Taknaklah, takut kapal terbang hilang.
Cikgu ; Siapa nak jadi peguam ?
Murid ; Taknaklah, nanti mati dalam tong simen.
Cikgu ; Siapa nak jadi imam ?
Murid ; Taknaklah, nanti kena tampar.
Cikgu ; Habis, kamu semua nak jadi apa ???
Murid ; Kami nak jadi PM, banyak dapat derma !😆