Rabu, 7 Disember 2016

Ramai Rakyat Malaysia HIlang Pekerjaan dan Dihantar Pulang Gara-gara Utusan Malaysia...


Utusan Malaysia melebarkan sayap fitnahnya hingga ke Australia yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia dihantar pulang dan hilang pekerjaan akibat diberhentikan atau takut dicekup oleh pihak immigresen Australia. Sejak pendedah oleh wartawan Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam (gambar di bawah), pihak berkuasa Australia telah melancarkan operasi secara besar-besaran memburu warga asing yang berkerja secara haram dan yang tinggal lebih masa. Untuk mendapatkan permit kerja bukanlah hal mudah di Australia khasnya kepada pemilik Brigging Visa C. Lazimnya work right hanya diberikan kepada pemilik Brigging A yang mana hanya diberikan kepada mereka yang memohon ketika visa pelancong masih sah. Ramai rakyat Malaysia gagal mendapatkan Brigging A disebabkan beberapa faktor antaranya kurang info, faktor bahasa, faktor kewangan dan lain-lainnya.   


Sebagai info terdapat 7020 rakyat Malaysia yang tinggal di Australia secara haram samada visa peancng mereka telah tamat tempoh ataupun brigging visa mereka telah ditarik balik atau gagal. Dalam serbuan yang telah dijalankan beberapa hari yang lepas, ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang tidak memiliki visa telah dihantar ke pusat tahanan menunggu untuk proses penghantaran pulang. Mereka yang dihantar pulang akan disenarai hitamkan oleh pihak Immigresen Australia selama 3 tahun. Info lanjut akan menyusul.....  



Tiada ulasan:

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...