Rabu, 28 Februari 2018

Inilah realiti di Sabah yang pemimpin Malaya sembunyikan dari dunia luar...


Hanya mereka yang pernah sampai ke Sabah dan pergi ke kawasan perkampungan barulah mereka tahu betapa Sabah jauh ketinggalan berbnading negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Itupun belum lagi ke kawasan perkampungan di pendalaman dan kepulauan di Sabah  yang mana kemudahan asasnya yang cukup kekurangan dan menyedihkan. Lazimnya guru-guru dari Semenanjung yang dihantar bertugas di Sabah mendapat elaun perumahan dan pelbagai elaun tambahan untuk menggalakan mereka bertugas di Sabah jika tidak maka tiada seorangpun yang mahu mengajar di Sabah khasnya kawasan pulau dan kawasan pendalaman. Selagi Sabah berada di dalam Malaysia maka selagi itulah Sabah ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kekayaan hasil bumi Sabah sebenarnya boleh menampung membangunkan Sabah sekiranya Sabah sudah keluar dari Malaysia.

Isnin, 26 Februari 2018

Hanya Di Sabah ....


..keadaan seperti gambar di atas hanya anda boleh lihat di Sabah sahaja iaitu di perkampuang air, kawasan setinggan atau di kawasan pulau-pulau di Sabah khasnya di Pulau Gaya (perkampungan terbesar berhadapan Bandaraya Kota Kinabalu). Selagai Sabah berada di dalam Malaysia maka selagi itulah keadaan seperti ini akan berlarutan...hanya Sabnah keluar malaysia barulah Sabah boleh dibangunkan sepenuhnya dan pemandangan seperti gambar di atas dapat dihapuskan...ayoh rakyat Sabah ! Bulatkan tekad dan kuatkan semangat...bersatu kita menyokong petition dan perjuangan SKMM.....kalau bukan anda siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi ?

Ahad, 25 Februari 2018

Rakyat Malaysia semakin ramai keluar negara kerana...


1. Cabaran dari para pemimpin
2. Keadaan ekonomi yang semakin teruk
3. Kadar kos sarah hidup makin meningkat
4. Kadar pengangguran makin tinggi
5. Kadar rasuah makin meningkat
6. Kadar jenayah yang makin meningkat
7/ Kadar gaji negara luar yang tinggi
8, dan beberapa lagi faktor lain...

Khamis, 22 Februari 2018

Laporan polis lagi.....


Laporan Polis terhadap para pejuang yang Mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia khasnya SSKM semakin banyak dari masa ke semasa ekoran kebimbangan pihak pemimpin Barisan Nasional yang melihat sambutan rakyat Sabah semakin hebat terhadap gerakan tersebut. Ramai para individu khasnya pengamal media sosial ditangkap dan disumbat ke penjara tanpa bicara. Rakan-rakan Media sosial saya yang menggunakan Facebook sebagai senjata ramai yang hilang begitu sahaja (ditangkap) tanpa khabar berita malahan ahli keluarga merekapun tidak tahu di mana mereka berada. Kerajaan Malaysia di bawah Akta Hasutan yang baru dipindah boleh menahan sesiapa sahaja yang didapati menghasut sehingga 5 tahun tanpa bicara. Akta Hasutan sebenarnta lebih kejam dari ISA di zaman Tun Mahathir. Sehubungan dengan itu para pejuang SSKM terpaksa mengatur strategi baru dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat Sabah betapa pentingnya sokongan padu mereka untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia agar Sabah dapat membangun setaraf dengan negara yang pernah satu masa dahulu menyertai Malaysia iaitu Brunei dan Singapura.

Selasa, 20 Februari 2018

Sampai bila Rakyat Sabah harus menanggung derita >


Gambar di atas adalah sebagai bukti betapa Sabah begitu jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia...hanya Sabah keluar dari Malaysia yang mampu mengubah segalanya...selagi Sabah berada di dalam Malaysia maka selagi itulah rakyat Sabah akan terus menderita...

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...