Rabu, 7 Februari 2018

Hanya di Sabah...


...perhentan bas seperti dalam gambar hanya terdapat di Sabah sahaja. Ini antara bukti Sabah dipinggirkan oleh para pemimpin Malaya...inilah antara sebab kenapa rakyat Sabah mahu Sabah keluar Malaysia...

Ini antara kenapa BN sukar ditewaskan....



..ini antara cara BN menipu untuk mengekalkan kuasa mereka selalin menggunakan politik wang dan menggunakan aset @ jentera kerajaan Malaysia. Sebab itulah Sabah perlu keluar dari Malaysia melalui pungutan suara bukannya dengan cara Pilihanraya kerana seribu kali pilihanrayapun BN tetap akan menang kerana mereka akan menggunakan tipu muslihat yang begitu licik dibantu oleh SPR.

Isnin, 5 Februari 2018

Kenapa Kem Pelarian 'Skim Penempatan; di Kinarut, Sabah tidak ditutup ?




Perkara ini berulang kali saya suarakan dahulu. Skim Penempatan Pelarian di Kinarut yang yelah ujud sejak puluhan tahun kini tidak lagi relevan dan sewajarmya perlu ditutup memandangkan penghuninya kini bukan lagi bersetatus pelarian tapi sebaliknya mereka sudah menjadi warganegara Malaysia. Untuk info terdapat 2 cawangan UMNO di Skim tersebut dan ramai di kalangan mereka sudah mengundi dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Persoalannya kenapa Kerajan Persekutuan @ Malaya tidak mahu menutupnya ? Sedangkan keadaan dan persekitaran yang amat daif dan juga pelbagai kes jenayah khasnya pengedaran dadah dan pusat judi yang banyak ujud di kawasan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada para penduduk tempatan bukan setakat di kawasan sekitar malahan tel;ah merevbak hampir seluruh dearah Papar terkena tempiasnya. Ini lagi satu bukti betapa pemimpin persekutuan @ Nakaya tidak mengambil serius aduan dan masalah rakyat di Sabah. Hanya satu cara untuk menutup kawasan tersebut iaitu dengan Sabah Keluar Malaysia dan membangunkan tanah tersebut dengan projek perumahan rakyat.

Khamis, 1 Februari 2018

Malaysia di tangga ke-3 scandal rasuah paling teruk di dunia...


Lebih cepat Sabah keluar dari Malaysia lebih baik agar nama kita tidak lagi buruk di mata dunia. Scandal rasuah oleh para pemimpin dan kakitangan awam di Malaysia mengheret rakyat Sabah terpait sama. Jom kita berjuang agar Sabah berjaya keluar dari Malaysia secepat mungkin. Sesungguhnya tiada yang mustahil di muka bumi selagi kita berusaha....masa depan Sabah di bahu rakyat Sabah sendiri...



Pengangkutan pemimpin berbanding rakyat Di Sabah...




 


 

Gambar di atas adalah pengangkutan (kereta rasmi) Di Pertuan Agong

Gambar di bawah pula ialah pengangkutan awam rakyat di Sabah ( Bas mini dan keretapi )



  



Bayangkanlah kerajaan menyediahkan kemudahan pengangkutan Jutaan dan Ratusan Ribu Ringgit kepada para pemimpin atasan (Di Pertuan Agong, para Sultan,TYT dan Ketua Menteri / Menteri Besar) di 13 buah negeri, kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan 26 anggota kabinet persekutuan,  Anggota-anggota kabinet Negeri, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri sedangkan rakyat terpaksa berpanas dan berhimpit menaiki pengangkutan awam yang serba kekurangan. Ayo rakyat Sabah buka mata, buka minda dan buka hati, kita bulatkan tekad untuk bersama menyokong perjuangan SSKM untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Kalau bukan rakyat Sabah siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi...ini Kalilah !

Kemudahan pendidikan di Sabah antara yang terburuk di Malaysia....





Gambar di atas adalah bangunan sekolah di pekan yang berhampiran dengan Kota Kinabalu, bayangkan keadaan sekolah yang berada jauh di kawasan pedalaman Sabah. Bila dibandingkan dengan keadaan sekolah di Semenanjung Malaysia khasnya Kuala Lumpur ianya amat jauh berbeza. Ini adalah antara sebab kenapa Sabah perlu keluar Malaysia. Berapa lama lagi harus rakyat Sabah bersabar dan terus diperbodohkan ?  

UMNO Gagal....


UMNO sebuah parti Rasuah sebab itulah UMNO sentiasa menang dalam Pilihanraya...


JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...