Selasa, 9 Januari 2018

Selamat tinggal "dunia politik"....


... saya bersama ramai lagi rakan seperjuangan telah sebulat suara mengambil keputusan untuk meninggalkan 'dunia politik' disebabkan tidak bersetuju dengan keputusam pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju mencalonkan Tun Dr Mahahir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke.7 seandainya Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke-14. Kezaliman Tun M kepada rakyat khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kepada rakyat dengan menggunakan 'ISA' sewenang-wenangnya sukar untuk dilupakan. Banyak lagi faktor kenapa kami tidak bersetuju. Berikut beberapa gambar kenangan semasa PRU-13 yang menjadi saksi betapa hebatnya dulu 'kita' menghentam Tun M dalam siri ceramah politi seluruh Sabah.































































































































































































































































UMNO gagal....


...dan kegagalan pemimpin UMNO yang paling ketara ialah gagal membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak. Para pemimpin UMNO hanya berlumba-lumba membina empayar kekayaan masing-masing dengan menindas rakyat bawahan dengan pelbagai rasuah dan salahguna kuasa. Rakyat Sabah dan Sarawak kena sedar dan insaf bahawa selagi UMNO berkuasa di bumi Malaysia selagi itulah nasib rakyat Sabah dan Sarawak terus terpinggir.

Isnin, 8 Januari 2018

Sabah vs Semenanjung......

Ini antara bukti hasil Sabah digunakan untuk membangunkan Semenanjung Malaysia dan Sabah sendiri diabaikan. Jom rakyat Sabah perjuangkan kemerdekaan Sabah sekali lagi...kita harus mardeka dari Malaysia...Keluar Malaysia adalah jalan terbaik untuk Sabah maju jaya...jom sokong perjuangan SSKM...


Rabu, 3 Januari 2018

Inilah keadaan jalanraya di Sabah di dalam Malaysia...










Berapa lama lagi rakyat Sabah harus menunggu ? Mungkin Brunei dan Singapura juga menghadapi masalah yang sama andainya masih berada di dalam Malaysia. Rakyat Sabah kena bangkit dan berjuang untuk keluarkan Sabah dari Malaysia dengan segera agar Sabah mampu membangunkan dan maju seperti Singapura.

Selasa, 2 Januari 2018

Rakyat Sabah semakin ramai miskin di bawah kerajaan Malaysia...


 
Gambar di atas adalah gambaran biasa di Sabah khasnya di kawasan pendalaman. Sabah yang dulunya kaya dengan pelbagai hasil bumi kini menjadi negeri termiskin di Malaysia. Selagi Sabah tidak keluar Malaysia maka selagi itu Sabah akan menjadi negeri termiskin dan termundur di Malaysia bahkan mungkin termiskin di dunia. 


Happy New Yeat 2018


JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...