Dua buah gambar di atas antara bukti betapa Sabah masih jauh mundur berbanding negeri-negeri lain di Malaysia khasnya Pulau Pinang dan Selangor yang dikuasai kini oleh Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan. Sabah harus keluar segera dari Malaysia jika mahu maju. Kekayaan Sabah telah digunakan untuk membangunkan negeri-negeri lain di Semenanjung khasnya ibu negeri iaitu Kuala Lumpur dan Putra Jaya. Hasil Sabah juga telah digunakan untuk memberi kekayaan kepada para pemimpin Barisan nasional serta para kroni dan ahli keluarga mereka sedangkan rakyat sabah dibiarkan hidup susah dan mundur khasnya di kawasan pendalaman.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan