Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap 1MDB, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1′ dalam dokumen berkenaan.
“Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia.
“Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!” kata bekas timbalan perdana menteri.
Muhyiddin juga menuduh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal menjalankan amanahnya jika tidak mengetahui identiti ‘Malaysian Official 1′ .
Beliau berkata Apandi perlu menyemak dengan rakan sejawatannya di Amerika Syarikat untuk mengetahui siapa orang itu.
“Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib?
“Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?” katanya dalam Facebook lapor Malaysiakini.
Beliau merujuk kepada misteri Malaysian Official 1 yang disebut tetapi tidak dinamakan dalam pemfailan saman DOJ itu tetapi dirujuk mempuyai pertalian dengan penerbit filem Wolf of Wall Street, Riza Aziz yang memegang kedudukan pengaruh dalam 1MDB dan terbabit dengan aliran dana yang didakwa dicuri itu.
Riza adalah anak tiri Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan