Isnin, 26 Oktober 2015

Ke Mana Hilangnya Wang 1MDB

Hanya Najib saja yg tahu di mana duit tersebut....

PM Malaysia Super Power....

Kalau di negara lain PM tidak kebal undang2 tapi kalau di Malaysia PM adalah super power di mana kuasanya mengatasi DYMM Yang Di Pertuan Agong

Ahad, 25 Oktober 2015

Selasa, 13 Oktober 2015

Ahad, 11 Oktober 2015

RCI Bazirkan Wang Rakyat

Laporan Suruhanjaya Diraja berkenaan pengeluaran Kad Pengenalan di Sabah kepa apara PT hanya sekadar gimik kerajaan BN dan selepas laporan siap tiada sebarang tundakan diambil sedangkan dalam siasatan tersebut menyatakan ujudnya aktiviti penjualan dan.pengeluaran kad pengenalan Malaysia kepada PTI. Saya sendiri ada membuat aduan Polis berkenaan RCI agar para dalang yg tetlibat diambil tindakan tetapi pihak Polis Malaysia tidak bertindakpun.

Khamis, 1 Oktober 2015

NAJIB Bila Mau Saman WSJ ?

Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadapakhbar itu diambil pada hari Selasa.Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakanwang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.Sama ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.Najib dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga kononnya untukmembantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.Lawak dol...Yang masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super pemurah" itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah ia diletakkan.Namun, saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan,sebaliknya seorang ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.Anina bagaimanapun dipecat keahliannya daripada UMNO kerana peraturan parti tidak membenarkan sebarang permasalahannyadibawa ke mahkamah.Tetapi semalam, setelah sekian lama senyap, timbul lagi alasan baru mengapa tindakan mahkamah belum juga diambil terhadap WSJ.Peguam Hafarizam Harun menyatakan Najib ingin mengetahui sama ada WSJ akan memohon menggunakan Akta Speech sekiranya beliau memutuskan menyaman syarikat akhbar tersebut.Akta Speech adalah akta yang melindungi syarikat Amerika,khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakimanfitnah di luar negara, jelas Hafarizam.Untuk maksud tersebut, jelas beliau, pihaknya telah menulis surat kepada peguam kanan yang mewakili WSJ untuk mendapatkan kepastian mengenainya.Saya tidak mahu memfailkan kes di Malaysia, dapatkan penghakiman dan ia menjadi penghakiman atas kertas di ASkerana WSJ akan mengatakan ia dilindungi oleh Akta Speech itu. Bukankah ia satu usaha yang sia-sia, tambah Hafarizam lagi.Alasan lagi...selepas ini entah celah apa lagi digunakan sebagai helah agaknya!!Bukankah lebih baik jika Najib berterus terang saja bahawa saman terhadap WSJ itu tidak akan diteruskan langsung memandangkan dakwaan mengenai wang RM2,600 juta itu sudah pun diakui kebenarannya?Habis cerita....dan tak perlu bersusah payah mencari macam-macam alasan lagi.Lagi pun kalau mahu saman juga, atas faktor apa lagi sedangkan Najib sendiri sudah mengakui mengenai wang RM2,600 juta itu? (SH 01/10/2015)

Inilah Antara Sebab Sabah Harus Keluar Malaysia

Dulu Sabah adalah negera yang banyak hasil buminya. Kayu balak, minyak, tembaga.dan pelbagai lagi hasil mahsul yang menjadikan Sabah cukup kaya tapi segala kekayaan Sabah telah diangkut oleh para pemimpin BN untuk memperkayakan diri mereka, kekuarga, rakan dan kroni mereka. Mereka bangunkan Malaya dengan hasil Sabah sedangkan rakyat Sabah dibiarkan terus mundur dan miskin. Tahun 2020 Malaysia akan mencapai tahap negara Maju tapi Sabah dan Sarawak tetap mundur di bawah Kerajaan BN yang zalim. Gambar ini antara bukti betapa Sabah jauh ketinggalan dan dipinggirkan oleh para pemimpin BN yang rasuah.

JustForex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...