
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !
Rabu, 7 Disember 2016
Isnin, 5 Disember 2016
Polis Malaysia memalukan bangsa, agama dan negara....
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis Balai Polis Bukit Jalil, di sini, maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai pencegah maksiat di dua lokasi berasingan awal pagi tadi. Dalam kejadian pertama, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu satu unit kediaman di tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, jam 3 pagi. Bagaimanapun, sebaik memasuki kediaman berkenaan, pegawai JAIS menemui seorang wanita di dalam sebuah bilik dengan satu tingkapnya didapati terbuka dengan seorang lelaki didapati terbaring di bawah pangsapuri berkenaan. Hasil siasatan, wanita berkenaan mengakui lelaki berkenaan kekasihnya yang bertindak sedemikian terjun kerana bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.45 pagi. Dalam satu lagi pemeriksaan, seorang anggota polis cedera selepas dipercayai turut terjun dari sebuah pangsapuri sewaktu pemeriksaan JAIS di Taman Puchong Perdana. Identiti anggota polis berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan keadaannya kini dilaporkan kritikal. Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas sehingga siasatan sepenuhnya dijalankan.
Malaysia Ranking Pertama Tinggal Lebih Masa di Australia!!!
Jumlah pelawat yang overstay daripada Malaysia mencecah sebanyak 7080 orang, menjadikan rakyat Malaysia berada di tangga tertinggi antara 16 buah negara yang lain.
Dianggarkan dalam sehari, sebanyak 40 orang pelancong daripada Malaysia gagal untuk kembali ke negara asal tepat pada masanya. Secara keseluruhannya daripada 10 kes visa yang tamat tempoh, 3 daripadanya adalah rakyat Malaysia.Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah pelarian Malaysia memasuki Australia sekaligus menggambarkan ketidakstabilan polisi pemerintahan negara terhadap ekonomi negara dan polisi kewangannya. Kesempitan hidup yang lahir daripada ketirisan pemerintah masa kini menjadi punca utama penghijrahan beramai-ramai rakyat Malaysia ke negara seperti Australia dan juga Eropah.
Ahad, 4 Disember 2016
Sabtu, 3 Disember 2016
Langgan:
Catatan (Atom)