...dan kegagalan pemimpin UMNO yang paling ketara ialah gagal membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak. Para pemimpin UMNO hanya berlumba-lumba membina empayar kekayaan masing-masing dengan menindas rakyat bawahan dengan pelbagai rasuah dan salahguna kuasa. Rakyat Sabah dan Sarawak kena sedar dan insaf bahawa selagi UMNO berkuasa di bumi Malaysia selagi itulah nasib rakyat Sabah dan Sarawak terus terpinggir.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !


Tiada ulasan:
Catat Ulasan