.... mahu memperkukuh ekonomi Amerika Syarikat sedangkan Sabah dan Sarawak masih mundur dari aspek sosio ekonomi dan kemudahan asas. Semoga rakyat Sabah dan Sarawak sedar betapa ruginya berada di bawah Malaysia. Lihatlah Brunei dan Singapura yang menjadi antara negara terkaya di dunia disebabkan memilih tidak mahu berada di bawah Malaysia.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !


Tiada ulasan:
Catat Ulasan