....kita sama-sama nantikan tindakan dari KDN terhadap The Star. Tajuk muka depan dengan gambar umat Islam sedang Shalat rasanya memang kurang sesuai pada pandangan saya secara peribadi. KDN sewajarnya menarik balik permit The Star serta merta untuk menjaga sensetiviti umat Islam di Malaysia. Cukuplah dunia melabelkan Malaysia sebagai antara negara paling 'Rasuah' dan sistem politik yang 'haru biru'. Kita khuatir selepas ini rakyat Malaysia maki sukar untuk masuk ke beberapa buah negara yang sememangnya sudah beranggapan bahawa Malaysia adalah sarang pengganas.
Rakyat Sabah perlu berani mempertahankan haknya yang telah dicabul sejak menyertai Malaysia. Sabah perlu keluar dari Malaysia sebelum hasil bumi Sabah habis dirompak oleh pemimpin Malaya. Sabah menjadi negeri termiskin sedangkan Brunei dan Singapura yang tidak menyertai Malaysia kini antara negara yang terkaya di dunia. Marilah kita korbankan jiwa dan raga kita demi Sabah tercinta. Mari Berjuang bersama !


Tiada ulasan:
Catat Ulasan