Halaman

Jumaat, 30 Jun 2017

Peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi hilang


KUALA LUMPUR: Suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.Menurut laporan The Star Online, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menjalankan penyiasatan mengenai kehilangan tersebut.

Laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.

Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.

Laporan itu berkata, pihak kastam telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Portal itu melaporkan, peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.

Sumber : http://www.astroawani.com/

Miranda Kerr Returns Jewellery Worth Millions From Jho Low


MIRANDA KERR has returned jewellery estimated to be worth $8.1 million to the US Justice Department after prosecutors said the items were bought for her by Jho Low and stolen Malaysian government money.Kerr dated the Malaysian financier after separating from ex-husband Orlando Bloom in 2013, and prior to meeting her husband, Snapchat founder Evan Spiegel, in 2016.
From Valentine’s Day 2014 onwards, Low is said to have presented the model with a $1.29 million 11.72 carat heart-shaped diamond engraved with Kerr’s initials, a $3.8 million 8.88 carat diamond pendant, a $1.98 million pair of 11 carat diamond earrings and a matching necklace, ring and bracelet. All of these gifts are alleged to have been bought with some of the $4.5 billion Low is accused of stealing from the 1Malaysia Development Berhad fund, known as 1MD, which was created by Malaysian Prime Minister Najib Razak in 2009 to promote economic development.
Kerr, who has reportedy cooperated with the investigation fully, has returned the jewellery to the US Department of Justice.
"The transfer of the gifts from Ms Kerr's safe deposit box in Los Angeles to government agents was completed on last Friday afternoon," a spokesperson for the model has said.
Leonardo DiCaprio, who is also embroiled in the case against Low, has reportedly initiated the return of artwork by Picasso and Basquiat that was given to him by a Hollywood production company, Red Granite, which is connected to Low.

Sumber : http://www.vogue.co.uk/article/miranda-kerr-returns-jewellery-jho-low

Sabtu, 10 Jun 2017

Sabah Negeri Termiskin Di Malaysia menurut World Bank Report

(Gambar stesen SABAH OIL di Sandakan)
Pada tahun 70an Sabah tersangat lah kaya-raya di kalangan Singapore, Malaya, Brunei dan Sarawak sehinggakan Tun Mustapa pernah tersenarai antara individu yg terkaya di dunia melalui hasil kayu balak.  Sejak peristiwa Double 6 hasil kekayaan Sabah yg kedua iaitu petroleum & gas mula menjadi rebutan dan mimpi indah Malaya utk mengaut sumber kekayaan ini. Sebab itu lah hanya 8 hari saja dari peristiwa tersebut ketua menteri Sabah yg baru Harris Salleh menandatangani perjanjian royalti minyak 5% antara kerajaan negeri Sabah dan Malaya melalui Petronas. Bukan itu saja tetapi semua 20 perkara turut di perkosa perlahan-lahan sehinggalah sekarang. 
 Pada tahun 2015 pendapatan syarikat Petronas adalah RM 247.47 Billion dan menyusut pada tahun 2016 tetapi untuk pungutan royalti minyak dan gas kepada Sabah bagi tahun 2017 yg diumumkan ketika pembentangan budget yg lalu hanya sebanyak RM 985 juta sahaja, tidak sampai pun 1 Billion. Dan budget kerajaan negeri Sabah 2017 yg diumumkan baru RM 3.784 Billion sahaja. Terlalu sedikit kan?
Mengapa Brunei yang begitu kecil itu boleh menjadi negeri kaya-raya hanya dgn minyak sahaja? bukan sebab negara Brunei bersaiz kecil atau rakyatnya sedikit yg hanya seramai 400 ribu lebih orang saja tetapi usaha sama kerajaan Brunei dengan syarikat minyak Shell dalam bisnes minyak & gas keuntungan adalah sama rata! ( 50/50 ) melalui Brunei Shell Petroleum ( BSP ) Itu antara sebab Brunei tidak mahu menyertai pembentukan Malaysia yang melihat ianya berat sebelah iaitu menguntungkan Malaya.

Berikut adalah antara fakta berkenaan hasil bumi Sabah dan sumbangan Sabah terhadap kerajaan Persekutuan :-
1) Sabah pengeluar utama Balak di Malaysia
2) Sabah pengeluar utama Minyak & gas di Malaysia
3) Sabah pengeluar sawit utama di Malaysia
4) Sabah pengeluar koko utama di Malaysia
5) Sabah pengeluar getah utama di Malaysia
6) Sabah pusat pelancongan utama di Malaysia
7)Sabah penyumbang hasil cukai kedua terbesar di                 Malaysia 

Tapi peliknya Sabah tetap negeri miskin dan paling mundur dari aspek kemudahan awam khasnya letrik,  air, jalanraya, pengangkutan awam, hospital, sekolah dan internet.  
 Rasanya belum terlambat untuk Sabah bangkit menjadi negara terkaya seperti Brunei dan Singapura asalkan rakyat Sabah berani untuk menyokong usaha membawa Sabah Keluar Dari Malaysia. Percayalah sesungguhnya Sabah akan tetap mundur dan miskin selagi berada di dalam Malaysia kerana hasil Sabah akan diseleweng oleh para pemimpin 'atasan' khasnya dari Malaya serta hasil mahsul Sabah terpaksa dikongsi dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kerakusan para pemimpin pusat yang merampas tanah-tanah di Sabah akan berterusan.
Marilah berjuang bersama Keluarkan Sabah dari Malaysia demi masa depan generasi yang akan datang.

Ini Barulah Hero SABAH....

Pemimpin yang lain time ada kuasa x berani bersuara....takut hilang jawatan tapi bila sudah tiada kuasa baru bersuara...apa Citer ?

Jumaat, 2 Jun 2017

Kenapa masih ada Ketua jabatan Persekutuan di Sabah orang luar ?


Apakah orang Sabah tiada yang layak ? Kenapa pemimpin BN di Sabah buta dan pekak ? Perkara 20 perlu dipertahankan seperti para pemimpin Sarawak yang begitu berani mempertahankan Perkara 18. Cukuplah Sabah dimiskinkan dan dianak tirikan, jika perkara yang berkaitan dengan jawatan pentadbiranpun mereka rampas maka lebih baik keluar Malaysia dengan segera agar Sabah maju dan kaya semula seperti Singapura dan Brunei.

Marks didakwa ancam letupkan pesawat MAS


MELBOURNE – AUSTRALIA. Lelaki warga Sri Lanka yang menetap di Australia didakwa di sebuah mahkamah di sini pada Jumaat atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128, lapor agensi berita China Xinhua. Insiden itu menyebabkan pesawat yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas lelaki dikenali sebagai Manodh Monaragala Marks mendakwa memiliki bahan letupan dan cuba menceroboh kokpit.

Tindakan beberapa penumpang penerbangan berjaya menumpaskan lelaki berkenaan dan menahannya sementara menunggu ketibaan pihak polis.
Marks yang menghadapi pertuduhan membahayakan keselamatan pesawat serta tidak dibenarkan diikat jamin, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah atas faktor keselamatan.
Mahkamah Majistret Melbourne difahamkan semasa dalam tahanan, lelaki itu memohon untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Jika didapati bersalah Marks boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Sementara itu, rekod masa tindak balas menunjukkan anggota keselamatan mengambil masa 104 minit untuk memasuki pesawat selepas Pusat Penyelarasan Operasi Polis Persekutuan Australia (AFP) dimaklumkan mengenai kejadian.
Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria Graham Ashton berkata, pada awalnya polis bertindak berdasarkan prosedur ancaman keganasan dan adalah berbahaya bertindak tergesa-gesa memasuki pesawat. "Kita perlu memastikan semua kemungkinan telah diambil kira termasuk tindak balas pesalah atau jika terdapat bahan letupan lain," kata Ashton kepada pemberita. Menurut Menteri Victoria Daniel Andrews pula, beliau yakin dengan tindakan pihak berkuasa dalam menangani situasi berkenaan dan memuji tindakan penumpang serta anak kapal. Sumber : www.sinarharian.com.my

Khamis, 1 Jun 2017

1 Dunia tahu Najib Pencuri...

LIVE TERKINI- TUN DR MAHATHIR DARI JITRA, KEDAH.