Halaman

Ahad, 28 Ogos 2016

Mata Wang Sebagai Bukti...


Lihat mata wang di atas: di sebut Malaya, Singapore, Brunei, North Borneo dan Sarawak... Ada kamu nampak Penang, Kelantan, Selangor....dll 11 buah negeri dalam persekutuan Malaya ? Dalam perjanjian Malaysia 1963 bahwa Sabah dan Sarawak adalah berstatus Negara dan bukannya negeri ke 12(Sabah) dan 13(Sarawak), Marilah bersama menyokong perjuangan menuntu Sabah Keluar Malaysia...selagi kita Sabah dalam malaysia selagi itulah Sabah mundur dan hasil mahsul Sabah akan dirompak oleh para pemimpin BN yang rakus dan haloba... BANGUNLAH UNTUK NEGERI SABAH... KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI ? KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI ? INI KALI LAH... KITA AMBIL BALIK NEGERI SABAH......................

Khamis, 25 Ogos 2016

Hanya Di Sabah


PENDUDUK USUNG JENAZAH MENYEBERANGI SUNGAI DI KG LETINGI KOTA BELUD KERANA JAMBATAN UZUR Selepas 52 tahun merdeka.. setelah umno bertapak 25 tahun di Sabah...dan Wawasan 2020 tinggal 4 tahun yang disasarkan oleh Tun M dulu Malaysia menjadi sebuah negara Maju.

Selagi Sabah Dalam Malaysia.....


...selagi itlah rakyat Sabah terpinggir dan dibiarkan derita

'Pokémon Salahguna dan Salah Tadbir' : Mufti Perlis


Pokémon Yang Melalaikan Semua Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya 'game' itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya. Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas. Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang. Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara. Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal. Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai. Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan 'pokémon salahguna dan salah tadbir' yang dia terlupa untuk fikirkan. Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat. Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada.