Halaman

1 MDB Scandal Menrestas 3 Benua


Isu 1MDB bertahun-tahun menjadi kontoversi dan menjad skandal yang cukup memalukan Malaysia di mata dunia. Dengan pendedahan dari DOJ yang secara jelas melibatkan Perdana Menteri, anak tirinya Riza Aziz dan rakan karibnay Jho Lo maka sewajarnya Majlis Raja-Raja, DYMM YDP Agong dan para Sultan mencemar duli campurtangan untuk menasihatkan Najib bercuti atau berundur terus sebelum rakyat turu ke jalan raya. Scandal 1MDB tidak boleh lagi dibiarkan berterusan memburukan nama Malaysia.

SIAPA LAGI ADA RM2.6B DI AKAUN Kalau Bukan Najib (MUHYIDDIN)


Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap 1MDB, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1′ dalam dokumen berkenaan. “Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia. “Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!” kata bekas timbalan perdana menteri. Muhyiddin juga menuduh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal menjalankan amanahnya jika tidak mengetahui identiti ‘Malaysian Official 1′ . Beliau berkata Apandi perlu menyemak dengan rakan sejawatannya di Amerika Syarikat untuk mengetahui siapa orang itu. “Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib? “Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?” katanya dalam Facebook lapor Malaysiakini. Beliau merujuk kepada misteri Malaysian Official 1 yang disebut tetapi tidak dinamakan dalam pemfailan saman DOJ itu tetapi dirujuk mempuyai pertalian dengan penerbit filem Wolf of Wall Street, Riza Aziz yang memegang kedudukan pengaruh dalam 1MDB dan terbabit dengan aliran dana yang didakwa dicuri itu. Riza adalah anak tiri Najib.

Wang 1MDB Diguna Untuk Berjudi


Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media tempohari memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng. Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan. Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri. Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin. “Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah. “Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir. “Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini. Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka. “Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya. Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri. “Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi? “Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff. – Malaysia Dateline.

Ahad, 24 Julai 2016

Desak Najib Undur @ Letak Jawatan Segera !


Rakyat Malaysia jom viralkan di media sosial meminta najib mengundurkan diri secepatnya @ letak jawatan, jika tidak kita berharap rakyat akan turun ke jalan buat demontrasi atau kita berharap majlis Raja-raja bertindak. Cukuplah Malaysia dimalukan bertahun-tahun oleh Najib dan keluarga.

TV Thailand Ulas Secara Terperinci Kecurian Duit 1MDB


2.6 billion duit 1MDB yang hilang @ dicuri oleh Najib diterangkan secara terperinci di Berita TV3 Thailand. 1 dunia bicara isu 1MDB.Siapa yg malukan negara ni kalau bukan PM Najib. Itupun masih ramai macai yang masih pertahankan....

1MDB (Wang 1MDB Dibelanja Untuk Kepentingan Peribadi)


1MDB *Antara yang telah berjaya dirampas semula.... Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta. Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta. Viceroy L’Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta. Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta. Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta. Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta. Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.